"Macam mana kau...."
"Boleh hidup lagi?" Darween menyambung kata Ryan. Ryan mengangguk perlahan. Darween tersenyum hambar. Dia memandang wajah tenang Dahlia yang sedang tidur di tempat duduk belakang. Disampingnya adalah Fayyadh yang memeluk Dahlia dari tepi dan kepala Dahlia disandarkan pada dadanya. Sama-sama tertidur.
"Aku.." Terdengar keluhan kecil daripada Darween. "Aku memang sepatutnya dah meninggal masa tu. Tapi,entah macam mana,jantung aku berdegup kembali selepas keluarga meninggalkan aku dalam bilik itu."
**********Flashback start**********
Darween menggerakkan sedikit otot tangannya yang terasa kebas. Badannya juga cuba digerakkan. Malangnya,gagal. Kedengaran pula suara seseorang yang memasuki bilik itu setelah keluarnya keluarganya.
Siapa tu! Tolong!! Tetapi,dia tidak berdaya melakukan apa yang diingininya. Suaranya tidak boleh dikeluarkan pon!
"Betul ke yang ini?" Tanya seseorang.
"Betullah ni. Dia kata yang ni,yang ni lah. Jangan banyak songeh. Tolong aku angkat." Kata seorang yang lain pula. Darween terasa tubuhnya diangkat. Kini seperti berada diawang-awangan kerana tiada yang menampung belakang badannya. Hanya tangnya sahaja dirasakan berpaut pada sesuatu.
"Letak dia cepat. Nanti ada pula yang sedar." Kata lelaki yang tadi. Terus Darween terasa badannya dicampak kasar keatas sesuatu yang lembut dan berbaldu.
"Cepatlah!" Gesa orang itu. Tak lama selepas itu,terasa kereta mula bergerak. Mereka nak bawa aku kemana?
"Ehh,siapa tu?" Terdengar lelaki tadi berbicara. Lelaki yang seorang lagi juga menjengah apabila terdapat seseorang yang menghadang kereta mereka.
"Weyh! Janganlah berhentikan kereta!" Marahnya kepada lelaki yang memandu itu.
"Kita cuma perlu bawa dia je. Bukan bunuh orang lain!" Balasnya.
"Weyh! Keluarkan mayat tu!" Kata lelaki itu beberapa ketika. Darween yang tidak mendengar sebarang perbualan terasa tubuhnya dikeluarkan daripada kereta dan dicampak kasar keatas jalan tar. Aduh! Ringis Darween dalam hati.
**********Flashback end**********
"Mungkin Allah nak bagi aku peluang bertaubat mungkin. Selepas tu,aku dijaga dan dirawat oleh sebuah keluarga yang baik ni."
"Kau tak nak lawat diaorang ke?" Kedengaran keluhan Darween mendengar soalan daripada Ryan itu.
"Mereka meninggal beberapa minggu sebelum aku berangkat ke Paris bagi urusan perniagaan. Dan, disitulah aku bertemu Aria. Tapi, dia macam tak kenal aku. Masa tu pun aku tengah kusut dengan segala macam hal. Jadi,aku abaikan dia." Katanya sambil tersenyum tawar.
"Kenapa mereka meninggal?" Wajah Darween terus berubah tegang.
"Mereka dibunuh. Oleh Silver Rose. Selepas tahu aku masih hidup,mereka terus buru aku. Keluarga aku dibunuh. Tak cukup dengan tu,mereka sabotaj perniagaan yang aku mulakan."
"Owh. Sebab tu lah abang balik? Dah lingkup,baru ingat nak dekati Aria. Kalau tak,agak-agak abang balik tak?" Celah Dahlia daripada belakang.
"Ehh,dah bangun?" Soalan cepumas yang 90% manusia akan tanya apabila melihat orang yang tadinya tidur terbangun. Walaupun sudah tahu,masih lagi bertanya.
"Dah. U pun tahu..."
"30 minit tidur mati. Selepas tu,alert dia bukan main." Sambung Darween. Dia memandang Dahlia lalu tersengih. Dahlia memutarkan bebola matanya tanda menyampah.
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomanceDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...