Kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi Dato Rafiq memasuki berkarangan Rumah keluarga Dahlia. Ianya villa 3 tingkat yang dibina diatas sebuah tapak berdekatan dengan kawasan pergunungan menyebabkan udara disini sangat damai dan jauh daripada sebarang pencemaran. Reka bentuk villa adalah berunsurkan rumah ala Eropah.
Fayyadh melangkah keluar dahulu apabila kereta Volkswagen milik papanya berhenti di perkarangan villa tersebut. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya bagi menghayati udara tanpa pencemaran ini.
"Lawa villa ni,pa. Ni ke rumah uncle Adam?" Tanya Fayyadh kepada Dato Rafiq sambil menilik design villa dihadapannya.
"Eh,tak la. Ni rumah pekerja papa. Dah kita nak pergi jumpa Dahlia. Mestilah ke rumah keluarganya. Apa punya soalan." Perli Dato Rafiq sambil menggeleng kepalanya.
"Tanya pun tak boleh." Gerutu Fayyadh perlahan sambil mengekor ayahnya ke pintu utama. Mamanya kelihatan sedang berbual-bual dengan Puan Humaira.
"Lama tunggu?" Sapa Dato Rafiq apabila berada di sisi isterinya.
"Tak la lama sangat. Nak tunggu ayam bertelur pun mesti sempat." Perli Datin Maya. Sakit hati apabila suaminya lambat.
"Sorry. Marah anak teruna awak ni. Sempa dia comment pasal design rumah ni."
"Adh pula. Papa la ya..."
"Dah dah. Jangan start gaduh kat sini. Malu Mai tengok." Kata Datin Maya sebelum suami dan anak terunanya memulakan perang mulut antara mereka.
"Tak apa,Kak Maya. Bukan tak biasa. Mari. Jemput masuk." Jemput Puan Humaira.
Mereka semua masuk ke dalam rumah.
"Pandai aunty and uncle design villa ni." Puji Fayyadh ikhlas.
"Eh, mana ada aunty or uncle yang design la. Rumah ni Dahlia dengan Darween yang design." Ramah puan Humaira.
"Ouh. Eh? Darween? Siapa tu ,aunty?" Tanya Fayyadh. Tak pernah dia mendengar nama itu. Sama ada daripada mulut mama atau papanya.
"Darween tu arwah abang Dahlia. Meninggal 7 bulan lepas. Accident." Melihat wajah mendung Puan Humaira menyebabkan dia rasa bersalah. Segera dia meminta maaf.
"Err. Dahlia mana,aunty?" Pertanyaan yang keluar daripadanya menyebabkan mereka yang berada disitu tersenyum simpul.
"Kejap lagi dia sampai la. Dia balik rumah dia sekejap. Ambil laptop katanya." Jawapan Encik Adam menyababkan dia pelik. Rumah dia? Belum sempat keluar papanya sudah mengutarakan persoalan tersebut.
"Rumah dia?" Tanya Dato Rafiq.
"Hak-a. Rumah dia dekat Pahang. Maklumlah.. Dia perlu uru...." Ayat Encik Adam tergantung apabila terdengar seseorang memberi salam.
"Assalamualaikum. Sorry Ana lambat,ibu, ayah." Laju dia menyalami kedua-dua orang tuanya. Seterusnya dia menyalami Datin Maya dan Dato Rafiq.
"Apa khabar, aunty?uncle? Maaf ye, Dahlia lambat. Stuck jam tadi. Tu lambat sikit tu." Ujar Dahlia dengan muka yang sangat serba salah.
"Tak ada hal lah. Kami sekeluarga pun baru je sampai." Kata-kata Datin Maya dibalas dengan senyuman manis.
Fayyadh memandang gadis didepannya. Dahlia mengenakan dress labuh berwarna hitam dan dipadankan dengan jaket kulit berwarna unggu cerah. Shawl yang dipakainya berwarna hitam plain dan mempunyai hiasan pearl berwarna unggu. Spek mata tebalnya tidak dipakai tetapi digantikan dengan contact lens berwarna violet menyebabkan wajahnya sangat jelas kelihatan. Mak aii.. Lawa bakal bini aku ni kalau tak pakai spek dia. Huih. Detik hatinya yang sedang menilik Dahlia.
Dahlia yang terasa diperhatikan memandang Fayyadh. Memang benar jangkaannya. Fayyadh sedang memerhatikannya.
"Hye, awak." Kata Dahlia sambil tersenyum. Fayyadh tersentak daripada lamunannya.
"Err.. Hai. Awak....err...ap...apa khabar?" Tanyanya gugup kepada Dahlia. Dahlia terkejut mendengar pertanyaan Fayyadh. Aii sejak bila dia caring pasal aku ni. Walaupun pelik, Dahlia menjawab juga.
"Okey je. Sihat, alhamdulillah. Awak? Sihat? Pucat semacam je saya tengok?" Dahlia mengutarakan percakapannya tanpa berfikir.
"Huh? Pucat? Err..tak de apalah. Penat sikit je." Jawab Fayyadh. Keadaan senyap membuatkan mereka tidak selesa.
"Dahlia, aunty dengar Dahlia duduk kat Pahang. Dahlia kenapa duduk jauh daripada Ibu Ayah? Sekolah kat sana ke?" Pertanyaan daripada Datin Maya melenyapkan situasi tadi. Dahlia segera mengambil tempat disisi ibunya.
"Hak-a. Dahlia duduk sana. Sekolah pun kat sana. Dahlia duduk sana sebab nak kene uruskan branch syarikat Ayah yang kat sana." Jawapan yang keluar daripada mulut Dahlia menyebabkan keluarga Fayyadh terkejut.
"Dahlia dah start uruskan branch Ayah kat sana? Dah lama ke?" Tanya Dato Rafiq. Terpegun dengan gadis muda yang duduk dihadapannya.
"Hak-a. Tapi,tak lama sangat pun. 5 bulan lepas rasanya. Tu pun sebab pembantu Ayah yang uruskan branch kat sana berhenti kerja. Sejak tu la Dahlia ambil alih post ni." Sekali lagi mereka terkejut.
What?! 16 tahun dah uruskan salah satu branch syarikat?! You gotta be kiddin' me.
"Sempat pula ye? Dahlia tak penat ke? Macam mana Dahlia uruskan jadual?" Tanya Datin Maya. Kagum dengan kebolehan bakal menantunya itu.
"Err.. Tahun ni pack tak payah cerita la aunty. Memang penuh jadual. Tu pun sebab nak habiskan kerja tahun ni juga. Sebab tahun depan SPM kan? So, nak tak nak berkorban la sikit. Tahun depan Dahlia break setahun." Kenyataan Dahlia sememangnya dikagumi oleh mama dan papa Fayyadh.
"Ouh ya. Kita tutup dulu kes Dahlia ya. Dahlia dah fikir colour apa?"
Back to topic.. Yay life! Dahlia dan Fayyadh sama-sama mengeluh.
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomanceDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...