Dahlia mengatur langkah menuruni tangga. Diharapnya tida sesipa yang akan sedar dia keluar. Ketika dia mengatur langkah ke arah pintu, dia dikejutkan oleh seseorang daripada belakang.
"Nak pergi mana tu?" Tanya Razin. Pelik melihat adik iparnya berjenghet-jengket. Dahlia terlompat sedikit.
"Hish,abang ni. Nasib baik Ana tak hidap heart attack tau. Kalau tak, dah lama Ana jalan." Ujar Dahlia. Dia terkejut melihat abang iparnya sedang bersandar elok didinding sebelah tangga. Razin mengangkat sebelah keningnya tanda menyuruh Dahlia menjawab pertanyaannya tadi.
"Ana nak keluar jumpa kawan sekejap. Dia nak beri hadiah perkahwinan." Jawab Dahlia sedikit perlahan. Razin mengangguk tanda mengerti.
"Nak pergi naik apa?"
"Kereta. Nak naik apa lagi?" Dahlia pelik dengan pertanyaan Razin. Razin mendekati Dahlia lalu mencampakkan sebentuk kunci kepadanya. Dahlia cekap menangkap kunci tersebut. Kali ini,dai pula yang mengangkat sebelah keningnya. Razin mendekati Dahlia sehingga bibirnya berada disebelah telinga Dahlia yang disarung dengan tudung.
"I know who you are,Ace." Ujar Razin sambil berbisik. Dahlia pantas memandang Razin dengan mata yang membulat. Dia tahu siapa aku!
"Macam mana abang tahu?" Tanyanya gugup. Mungkinkah dia akan membocorkan rahsia tersebut?
"Jangan risau. Abang takkan beri tahu sesiapa. Tapi,Ana perlu janji untuk menjauhkan family kita daripada apa-apa pun yang Ana terlibat. Promise?"
"Promise." Jawab Dahlia. Dia ingin pergi tetapi dihalang oleh suara Razin.
"Tu ninja warna hitam. Jaket kulit pun ada sekali." Laung Razin. Dahlia memandang Razin sambil tersenyum dan mengangguk faham.
Dahlia menunggang ninja berwarna hitam itu sehingga tiba dilokasi yang dijanjikan. Cardigan berwarna merah jambu ditukar kepada jaket kulit berwarna hitam. Ketika tiba dilokasi tersebut,dia turun daripada ninja hitam milik abang iparnya lalu mendekati beberapa orang lelaki yang dikenalinya.
"Ace!" Sapa mereka. Dahlia hanya mengangkat tangannya tanda sapaan balik.
"Jake, Raf mana?" Tanya Dahlia kepada seorang lelaki yang sedang sibuk menghisab vape.
"Bos ada kat sana. Dengan Dilah." Jawab Jake sambil menunjuk ke arah Raf yang sedang berborak dengan Dalilah tidak jauh daripada tempat mereka. Dia sudah mengenali Dahlia dalam 2 tahun. Itu menyebabkan dia lebih rapat dengan Dahlia berbanding anggota kumpulan yang lain. Dialah yang mengajar Dahlia mengendalikan pistol disamping abangnya,Darween mengajarnya mengendalikan pisau belati.
"Thanks,bro." Ujar Dahlia. Dia lebih menyenangi Jake berbanding anggota kumpulan yang lain. Dia menepuk bahu Jake seraya mengatur langkah mendekati Dalilah dan Raf. Mereka yang sedang berborak terhenti apabila Dahlia kini berada dihadapan mereka.
"Ace!" Dalilah segera bangun dan memeluk Dahlia. Dahlia membalas sekejap sebelum Dalilah menariknya kembali. Dalilah seksi mengenakan dress ketat berwarna merah separas peha. Jaket kulit berwarna coklat cair dia pakai dibahagian luar bagi menutup bahunya yang terdedah dek kerana dressnya tidak berlengan.
"Nah. Congrats. Tak sangka kau laku juga rupanya. Siapa lelaki yang berani mendekati kau? Ikat kau lagi?" Tanya Dalilah menhulurkan hadiah kepada Dahlia. Jarang ada lelaki yang berani mendekati Dahlia sebegitu rupa kerana risau akan ada peluru yang menembusi tengkorak kepala mereka. Dahlia hanya tersenyum mendengar usikan Dalilah.
"Thanks.Budak tu tak tahu aku ada kaitan dengan mafia world ni. Kalau dia tahu,tak tentu dia nak nikah dengan aku. By the way, it's a family request. Follow je la." Jawab Dahlia selamba sambil menerima hadiah berbungkisan emas itu.
"Ni kau keluar,dia bagi izin tak?" Saja mengusik Dahlia.
"Bagilah. Kalau tak aku tak keluar. Pasal mamat ni la aku kena fikir alasan." Jarinya ditunding kearah Raf yang sedang meneguk jusnya. Wajahnya selamba walaupun dipersalahkan. Dalilah hanya ketawa. Ya, mereka sangat akrab. Dalilah sudah seperti kakak Dahlia apabila hanya dia sahaja anggota kumpulan perempuan yang handal mengendalikan pistol dan pisau belati.
"Dah la. Aku yang suruh Zack call kau. Aku nak pergi Miami. Ada budak buat kecoh la. Sabar je la. Ingat nak ajak kau. Kau pula sibuk pergi nikah bagai." Kata Dalilah sambil memuncungkan bibirnya.
"Alololo. Mak itik jangan merajuk. Dah tu, kau pergi dengan siapa?" Tanya Dahlia seraya memujuk kawannya itu.
"Mike and Kamil. Okeylah. Plane aku dah sampai tu. Aku gerak dulu lah ya. Bye." Dalilah berlaga pipi dengan Dahlia.
"Yela. Take care. Balik hidup lagi tahu." Pesan Dahlia. Dalilah hanya tergelak mendengarnya. Bagasi ditarik ke balai berberlepas. Dahlia menghantar kelibat Dalilah melalui ekor matanya. Sejurus selepas bayang Dalilah lesap, matanya berkalih pula kepada Raf yang masih lagi dusuk bersantai.
"Haa. U nak bincang apa? I tak boleh lama ni." Gesa Dahlia. Dia tidak mahu ada orang pun tahu dia keluar melainkan suaminya dan Razin. Raf mengangkat wajahnya agar memandang Dahlia.
"Ace,be prepared. He's back." Raf berkata dengan nada yang cukup dingin. Dahlia kenal nada itu. Itu menandakan ada bahaya yang bakal berlaku.
"What? Who?" Dahlia bertanya. Risau akan apa yang sedang menunggunya do masa akan datang.
"Ryan." Dahlia mengeluh.
*******************
Fayadh berpusing-pusing diatas katilnya. Bini aku ni balik pukul berapa? Risau pula aku. Fayyadh memikirkan Dahlia sehingga tidak sedar gadis tersebut melangkah kedalam bilik. Muka dahlia sedikit terkejut melihat Fayyadh yang masih berjaga.
"Kenapa kau tak tidur lagi ni?" Tanya Dahlia sambil kakinya diatur kedalam bilik persalinan. Hadiah daripada Dalilah diletakkan diatas meja belajar Fayyadh. Seusai menukar baju,dia keluar lalu memandang Fayyadh.
"Dah jam berapa ni? Kenapa lewat sangat balik?" Tanya Fayyadh dengan nada yang sedikit tinggi.
"Ada hal sedikit tadi. Sorry lupa nak bagitahu." Kata Dahlia. Dia kemudian mencapai bantal daripada atas katil lalu merebahkan diri diatas sofa. Terdengar keluhan kecil terbit daripada mulut Dahlia. Fayyadh memandang pelik perlakuan isterinya.
"Kenapa tidur atas sofa? Katil ni besar kot." Dahlia yang menutup wajahnya dengan bantal berpusing menghadap Fayyadh. Keningnya diangkat sebelah.
"Are u serious?" Tanya Dahlia menginginkan kepastian.
"Hmm." Dahlia tersenyum mendengar jawapan tersebut. Bantal diambil lalu mengatur langkah kearah katil. Terus dia merebahkan diri keatas katil apabila Fayyadh memberi ruang disisinya. Matanya terus terlelap apabila kepalanya menyapa bantal.
Fayyadh mendekati wajah isterinya yang sudah terlena itu. Dia memberikan kucupan diatas dahi isterinya.
"Good night,sayang." Ujarnya sambil menarik selimut bagi membaluti tubuhnya dan Dahlia. Matanya terlelap apabila mendengar jawapan Dahlia.
"Good night, abang."
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomanceDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...