No.16, Jalan Permata Ruby, Taman Perumahan Mewah Pelangi. Dah betul dah ni. Mak aii!!! Gedabaknye rumah!
Detik hati Dahlia. Dia terus memarkirkan kereta Mini Coopernya di tempat parkir yang dikhaskan.
Siap ada tempat parkir lagi. Ni rumah ke? Istana?
Dahlia keluar daripada perut kereta dengan memegang beg tangan Guccinya. Sebelum memasuki rumah dia menilik dirinya pada cermin kereta. Simple je pakaiannya hati ini. Skirt labuh daripad material chiffon berwarna hitam dipadankan dengan kemeja daripada material sutera berwarna merah jambu air yang di tuck-in di dalam kain. Selendang two-tone daripada butik Balqis dibetulkan. Solekkan pula dia mengenakan bedak compack dan bibirnya dioles sedikit lipgloss berwarna peach sahaja. Cermin mata tebalnya menjadi pelengkap gaya. Acah nerd je! Setelah berpuas hati, dia menyusun langkah ke dalam rumah tersebut. Telinganya menangkap suara-suara yang dikenalinya.
Derap kakinya terhenti apabila Dahlia kini berdiri dihadapan sekumpulan warga yang berumur awal 50-an. Perbualan mereka terhenti dan berpaling ke arah Dahlia.
"Ana. Sampai pun. Ingatkan sesat tadi." Kata Ibu Dahlia kepadanya. Mereka saling bertukar senyuman. Dahlia juga bertukar senyuman dengan semua yang berada di situ.
"Tak sesat pun. Pak Cik guard kat bawah tu mintak I/C bagai. Tu yang lewat sikit tu." Jawab Dahlia selamba.
"Haa,Kak Maya. Ni la anak dara Mai. Dahlia Ariana." Puan Humaira memperkenalkan anaknya. Dahlia terus duduk bersimpuh lalu menyalami tangan wanita yang berada di sebelah Puan Humaira.
"Assalamualaikum,aunty. Apa khabar?" Seraya tersenyum. Sejuk tangan aunty Maya ni.
"Waalaikumsalam. Alhamdulillah,aunty sihat. Lawa Dahlia." Puji Datin Maya dikala melihat gadis dihadapannya. Dahlia hanya manunduk saat dipuji sebegitu.
Mereka bersembang-sembang sahaja sehinggalah Dato' Rafiq mengajak mereka ke meja makan.
********************
Fayyadh Haidar baru memasuki perkarangan rumahnya daripada keluar berjumpa teman-temannya. Dia terlihat dua buah kereta yang tidak dikenalinya. Sedang dia menilik kereta-kereta itu, barulah dia sedah sesuatu.
Allah! Macam mana aku boleh lupa?! Dinner! Oh I'm dead!
Fayyadh Haidar tidak menunggu lama. Dia terus berlari masuk dah terus ke ruang makan. Kelihatan mereka sedang menjamu selera.
"Maaf. Maaf Adh lambat,mama." Ujarnya seraya menyalami Ibu bapanya. Bagi menebus kesalahannya, dia terus menyalami entah siapa tetamu yang dijemput.
"Apa khabar,aunty? Uncle?" Sapanya dengan tenang. Pandangan mata terarah pada seorang gadis yang berada di samping ibunya.
"Hye" sapanya mesra. Dahlia terus memandang jejaka yang berada dihadapannya kini.
"Assalamualaikum" sapa Dahlia. Bukan niatnya untuk memerli,tetapi ia spontan keluar daripada bibirnya dek kerana terkejut diatas kedatangan jejaka itu.
Hamboii! Perli aku ke apa?!
Dirasanya darahnya mendidih. Namun, dijawab juga salam gadis tersebut.
"Waalaikumsalam." Dengan nada yang sehabis baik dikawal agar tidak meletus amarah yang dirasakan kini. Dia membawa diri ketempatnya,dihadapan gadis tersebut. Ingin dia teliti wajah gadis tersebut. Gulp! Dahlia sudah cuak.
"Haa.. Dahlia, ini Adh. Tengku Muhammad Fayyadh Haidar. Anak aunty yang sebaya dengan Dahlia. Adh, ini Dahlia Ariana. Anak kenalan papa." Beritahu Datin Maya.
Dahlia Ariana. Pakai spek tak boleh tebal lagi. Haha. Mesti budak nerd ni.
Kutuk Fayyadh Haidar. Dia sempat menjeling ke arah Dahlia. Dahlia yang menyedari jelingan itu terus memandang Fayyadh.
"Okey. Memandangkan budak-budak ni pun dah ada,biarlah kami berterus-terang kepada kamu berdua." Dato' Rafiq memandang wajah anak terunanya bersilih ganti dangan wajah anak dara Encik Adam.
Dahlia hanya mamandang ayahnya pelik. Dah kenapa? Asal aku rasa macam tak sedap hati ni?
"Well,papa dah sepakat dengan uncle Adam untuk kahwinkan Adh dengan Dahlia." Ucapnya seraya tersenyum.
Dahlia yang mendengar membulatkan mata. Manakala Fayyadh bukan sahaja mata, mulutnya juga dibulatkan.
"What?! Marriage?! No!!" Kata mereka berdua serentak.
"Apa ni,pa? Papa nak Adh kahwin dengan orang yang Adh sendiri tak kenal." Bantah Fayyadh. Kahwin? No way! Dahlia yang melihat adegan tersebut juga terkejut. Dipandangnya Puan Humaira.
"Ibu, this is joke,right? You're not mean it,did u?" Ujar Dahlia perlahan. Kedengaran pula suara Fayyadh yang membantah.
"Papa! Apa ni nak kahwin-kahwinkan Adh?!" Bentak Fayyadh. Tahap kesabarannya sudah habis.
"Tengku Muhammad Fayyadh Haidar! Behave!" Bentak Datin Maya pula.
"Kau nak kahwin ke? Diam je! Back-up lah aku!" Marah Fayyadh kepada Dahlia. Dahlia terkejut yang amat apabila dibentak sebegitu. Dahlia menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskannya.
"Ibu,Ayah. Betul ke nak Ana kahwin ni? Tahun ni Ana baru 16 tahun. Tahun depan Ana nak ambil SPM. Sampai hati Ibu ngan Ayah. U are not suppose to put all these burden on me. U know I have my plan for my future. I've made plan. So,could u please understand me? I don't want any commitment yet." Ucap Dahlia dengan tenang. Fayyadh yang ketika itu terpegun.
Uishh.. British accent dia pekat betul. Tenang pula tu dia jawab. Seksi sangat. Ehh! Adh! Apa kau melalut ni? Fayyadh memarahi diri sendiri. Dia terus berlari keluar lalu menghempas pintu. Semua yang melihat tercengang.
"Ana,Ana anak Ibu yang baikkan? Ikut cakap Ibu, okey?" Pujuk Puan Humaira.
"But,why?"
"Ibu Ayah takut tak sempat nak tengok Ana naik pelamin sebelum tutp mata. Boleh ya,sayang?"
Semua yang berada disitu memandang Dahlia dengan penuh harapan.
"Uncle? Aunty? Ibu? Ayah? Bagi Ana masa boleh?" Mereka hanya memandang sesama sendiri.
"Okey. Dahlia fikir masak-masak ye,sayang?" Kata aunty Maya. Dahlia hanya mengangguk.
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomanceDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...