Chapter 22

17.8K 717 0
                                    

Pejam celik pejam celik,sudah lebih 2 minggu Dahlia bersekolah disini. Suasana masih sama. Pembelajaran barjalan sepeti biasa. Dahlia sedaya-upaya mengelak daripada bertembung empat mata dengan Ryan. Faiz kurang mengganggunya. Mungkin kerana dimarahi Fayyadh hari sebelumnya. Sekarang,Dahlia sedang belajar Kimia yang disampaikan oleh salah seorang ahli kumpulannya,Jake.

"Okey,class. Harap semua faham. Balik nanti saya mahu kamu semua membuat uji kaji berkenaan topik yang kita bincangkan hari ini." Arah Jake. Dahlia memandang Jake. Dia pantas berjalan mendekati Jake apabila lelaki tersebut ingin keluar. Matanya ditatap lama. Menyampaikan mesej. Jake mengangguk faham selepas beberapa ketika. Jake pun keluar. Dahlia kembali ke tempat duduknya. Bahunya dicuit.

"Ehh. Kau main mata dengan Cikgu Sykri,ye?" Usik Azlien tiba-tiba. Dahlia hanya memutarkan bebola matanya sambil menggeleng.

"Mana ada. Kau ingat aku tak ada kerja lain ke?" Tangkas Dahlia.

"Dah tu. Tadi kau buat apa?" Tanya Damia pula.

"Tadi aku tanya dia, bahan boleh rujuk internet atau tidak. Haish kauorang nihh. Aku tanya pun salah." Marah Dahlia. Mereka berdua tersengih sahaja.

"Bukan apa. Takut juga kalau Cikgu Syukri tu tangkap cintan dengan kau. Habislah peluang kitaorang." Syasya tiba-tiba menyampuk daripada belakang.

"Korang,kalau korang nak sangat Cikgu Syukri tu,ambillah. Aku tak kesah." Dahlia membalas pernyataan Syasya. Jake je pun. Malas aku. Ingat aku tak nak sangat ke? Rengus Dahlia dalam hati. Mereka bertiga mula tergelak.

"Untunglah. Muka lawa. Body lawa. Cikgu Syukri tu pun kau tak heran ye? Macam mana la kau nak kahwin? Semua laki kau tolak. Faiz kau tolak. Zikri tu kau tolak. Shakir kau tolak. Si Tariq tu pun kau tolak? Kau nak tunggu siapa? Si Fayyadh ni jadi laki kau? Beranganlah kau." Bebel Damia. Cemburu juga melihat kelebihan yang dimiliki Dahlia. Fayyadh di sebelah sudah berdehem.

"Cik adik,kalau korang nak gossip,gossip je lah. Tak perlu kaitkan nama aku!" Marah Fayyadh. Mereka bertiga terus lari ketempat duduk. Terkejut dengan sergahan itu. Dahlia tersenyum senget.

"Hamboii. Marah? Awat marah ni? Sorry la. Diaorang gossip tak ingat dunia tadi." Pinta Dahlia. Tahu suaminya bengang dengan penyataan Damia tadi. Fayyadh merengus kasar. Moodnya semwmangnya tidak baik hari ini. Habis semua orang ingin dimarahinya. Muka Dahlia dipandangnya.

"Semalam kau balik pukul berapa?" Tanya Fayyadh dengan nada berbisik. Dahlia terdiam.

"Kita bincang di rumah,ye." Cadang Dahlia. Suaranya juga perlahan. Fayyadh menggelwngkan kepala.

"No. Aku tak nak tunggu balik. Now,baik kau jujur dengan aku,kau pergi mana semalam? Balik pukul berapa?" Tanya Fayyadh. Nada kali ni lebih tegas walaupun perlahan.

"Please,Haidar. Kita bincang di rumah." Balas Dahlia. Juga dengan nada tegas.

Kriiiing!

Loceng akhir berbunyi menandakan tamat sesi persekolahan pada hari ini.

"Aku tak benarkan kau pergi mana-mana hari ini. Balik terus." Ujar Fayyadh dengan nada dingin. Dia bangun dan melangkah pergi. Dahlia mengeluh kecil. Wajahnya diraup kasar. Semalam dia ada sesi photoshoot di Petaling Jaya. Ketika pulang,Fayyadh sudah tertidur. Hatinya mengeluh kesal. Kesal kerana tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dahlia bangun daripada kerusi dan terus ke skuternya.

"Assalamualaikum." Laungnya lemah. Dia jalan melintasi Razin tanpa menyapanya. Razin jadi pelik. Hai. Tadi adik aku moody. Adik ipar aku pun sama? Gaduh ke mereka ni? Tanya hatinya. Zetty juga perasan perubahan Dahlia.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now