Chapter 71

15.8K 634 26
                                    

Dahlia memandu tenang menyusuri jalan raya. Tujuannya satu. Pulang ke Kuala Lumpur! Dia harus tiba secepat mungkin. Pemanduannya tenang sehinggalah telefon pintarnya berbunyi lantang.

Incoming call:Mike<3

Dahlia menolak ikon merah. Latas telefon itu terdiam. Telefonnya dicampak ke tempat duduk disampingnya. Sekali lagi,telefon pentarnya berbunyi. Dahlia merengus kasar. Dia lihat nama pemanggil.

Incoming call:Raf<3

Sekali lagi ikon merah ditolaknya. Terdiam kembali. Dahlia meneruskan perjalanannya.

"Haish! Tak putus asa lagi ke?!" Bentaknya seraya melihat si pemanggil. Kali ni,Zack pula yang menghubunginya.

"Kenapa tak fed up lagi ni?!" Marahnya sambil menolak lagi ikon merah. Terus sahaja telefon itu dimatikan. Baru senyap sikit. Omelnya dalam hati.

Ketika menyusuri sebuah jalan yang agap gelap,keretanya diberhentikan oleh beberapa kereta yang lain. Beberapa orang lelaki yang berpakaian serba hitam keluar daripada kereta lalu terus mengacukan pistol mereka kearah Dahlia yang berada dikerusi pemandu.

"S**t!" Seranah Dahlia.

********************************************

"Mana Dahlia ni? Dah pukul 9 malam ni." Keluh Amira. Telefon pintarnya diambil lalu disambungkan talian kepada Dahlia.

"Sorry,the number you have dail....." Amira mengeluh mendengar suara 'mak tiri kesayangan' yang 'menjawab'. Sekali lagi dia cuba. Masih sama. Usahanya pada kali ketiga,keempat dan kelima juga gagal.

"Hish! Mana dia ni?!" Marahnya apabila sudah kali ke-20 dia mencuba. Amira mengalah. Telefonnya dicampak ketepi.

"Jangan ada apa-apa hal jadi sudah. Ya Allah! Kau lindungilah sahabatku itu." Doanya. Dia sangat risau jika ada apa-apa yang berlaku kepada Dahlia keranan sudah 30 kali dia Cuba hubungi,masih lagi gagal.

"Lea tak angkat?" Tanya Redza kepadanya. Amira tersenyum tawar.

"Tak. Risau saya ni,wak. Jangan jadi apa-apa sudah."

"Hish awak ni. Janganlah doa yang bukan-bukan. Malam ni. Awak tu dah la jenis mulut masin. Hish." Marah Redza kepada isterinya yang baru dinikahinya 2 minggu lalu. 3 minggu selepas kes kehilangan Dahlia. Jadi,Dahlia tidak menghadirkan dirilah. Amira mengeluh mengingati hal itu.

"Kenapa isteri saya mengeluh ni." Tanya Redza sambil membelai lembut rambut lurus Amira.

"Saya teringat masa pernikahan kita. Lea tak hadir pun. Masa resepsi juga begitu. Saya cuma kesal sedikit." Jujur Amira. Kali ni,Redza pula tersenyum tawar.

"Bukan jodoh,awak. Nak buat macam mana? Takdirnya sudah ditetapkan begitu." Nasihat Redza.

"Haih. Sebenarnya, saya peliklah. Macam manalah Lea boleh salah sangka pada Fayyadh?" Sambungnya lagi.

"Benda tu jadi sepintas lalu je,awak. Awak bukan perempuan. Saya faham macam mana rasanya melihat kecurangan suami sendiri dihadapan mata. Sakitnya tu....tak terkata."

"Saya janji takkan curangi awak,Mira. Saya akan pastikan,awak takkan rasa benda yang dilalui Lea. Saya janji." Kata Redza yakin. Amira ditarik lalu dipeluknya dari sisi.

"Saya bangga dapat sahabat setabah Lea. Walaupun dia macam acuh tak acuh je bila cerita tentang Fay,dia tetap usaha menyediakan apa yang Fay mahukan." Redza mengangguk setuju dengan cadangan isterinya.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now