Surat cinta yang tak tersampaikan buat sang mantan(AAM)

1K 28 3
                                    


Kehadapan tuan, yang pernah menghuni hati serta pernah ada dikehidupan yang lalu. Surat cinta tak tersampaikan ini aku tuju buat kamu kerana dipenghujung hubungan kita, aku cuma sempat bilang terima kasih berserta kecewa yang terlalu dalam.

Ungkapan maaf memang terlalu mudah untuk dilafaz namun hakikat apa yang terjadi bukan mudah untuk dilupakan. Kamu yang pernah aku sanjung akhirnya jadi orang yang paling melukakan. Jujurnya, luka itu masih ada. Berbekas ditiap celahnya sekeping hati.

Kamu yang mulanya manis umpama madu, bertukar jadi pahit umpama hempedu diakhirnya. Hampir setahun aku bertahan. Mengalah dan menjadi perempuan yang kalah kerana masih membiarkan diri aku disakiti kamu walau hakikatnya jalan untuk aku pergi dari kamu sangat terbuka luas. Sayangnya, aku pilih untuk bertahan sehingga ranap semuanya hati aku.

Ketikanya kamu cuma whatsapp diwaktu tertentu, aku masih berkata okay. Ketikanya kamu sibuk menonton perlawanan bola, sibuk mengulangkaji pelajaran, sibuk bermain game, sibuk berlibur bersama teman, aku masih berkata okay. Ketikanya hampir sebulan kamu tidak menghubungi aku, aku masih lagi berkata okay. Ketikanya tiada lagi panggilan sayang untuk aku, tiada lagi 'i love you' untuk aku, aku masih tetap berkata okay. ketikanya tiada kek mahupun kejutan dihari ulangtahun kelahiran aku, aku masih berlagak seperti aku okay. Ketikanya kamu tidak mahu jumpa aku, ketikanya kita cuma bertemu 2-3 kali sahaja dalam satu semestar, ketikanya rajuk aku tidak dipujuk, marah aku tidak diendah, hal aku tidak dikesah, aku masih tetap berkata okay.

Malangnya dalam diam, perkataan 'okay' itu menjadi racun yang menular ke seluruh rongga hati aku hingga membuat aku hilang rasa pada kamu. entah bagaimana rasa marah, rasa rindu, rasa sayang, rasa sedih, semua itu aku tidak tahu. kamu benar-benar buat aku tawar hati dan belum tentu kalau kamu tambahkan gula, hati aku bisa jadi manis–tetap juga tawar.

dan seringkali aku tertanya, aku in terlalu tiada harga kah pada kamu? sehingga kamu diam sepi membisu umpama kamu tidak pernah menyakiti aku? bahagiakah kamu? tiada sedikit pun perasaan bersalahkan dalam hati kamu?

saat ini yang aku rasakan, aku sangat berharap semua kata-kata aku ini bisa jadi senjata supaya dapat aku hamburkan kearah kamu, biar kamu mati–mati tertusuk olehnya. Supaya kamu sedar, bagaimana rasa disakiti dan dilukai oleh orang yang kau sanjung tinggi.

 Jadinya, ucapan terakhir buat kamu. Selamat berbahagia dengan semua yang kamu ada.

Tulisan-tulisan patahWhere stories live. Discover now