Ingatan tentang kau, ku simpan rapi didalam laci

76 6 0
                                    


Terkadang ketikanya hujan pun sudah lelah dan menghamburkan segala keluh-kesahnya, aku dibawa menyusuri ke sungai ingatan tentang kau. Yang mana didalammnya penuh dengan kenangan waktu bahagia. Dalam tak sedar aku telah sampai ke penghujung sungai, bersimpuh di atas batu dan mengenang cinta lalu. Aku tatapi langit yang maha biru dan meminta Tuhan menjatuhkan sebakul 'ikhlas' untuk aku mengikhlaskan segala apa yang telah terjadi. Supaya aku tidak bertanya lagi tentang apa hikmahnya pada cinta yang telah dibawa pergi.

Lalu aku terlihat sebuah sampan yang penuh dengan 'kesabaran'. Aku masuk ke dalam sungai dan berusaha mendapatkannya. Sampan itu mengikut arus sungai, hingga ketengah dan kaki aku tidak dapat memijak pasir lagi. Aku lemas didalamnya. Kemudian, sampan itu menghampiriku dan menyelamatkan aku.

Berkata dia, ambillah semua kesabaran yang ada didalam ini dan carilah hikmahnya pada segala yang telah tertulis. Jangan tenggelam lagi, jangan sesat dibawa arus. Kau harus kuat. Hidup ini masih luas.

Aku tersedar ketika aku berada di tebing sungai. Di dalam jeda yang panjang, aku akhirnya akur . Cukup sampai sini. Ingatan tentang kau tak mungkin aku buang sekelip mata, tapi tak mengapa akan aku simpan rapi didalam laci.

Dan menjenguknya sekali sekala, sekadar untuk melihat adakah kau baik-baik sahaja.

Tulisan-tulisan patahWhere stories live. Discover now