Ada orang yang bernilai untuk kita nantikan, walau mengambil masa seminggu, sebulan, setahun bahkan untuk seumur hidup.
Tapi ada juga orang yang perlu kita lepaskan, kerana hidup kadangkala tak berjalan seperti mana yang kita idamkan.
Menunggu itu sesuatu yang menyebalkan, bila mana hanya cuma kita seorang saja yang berada di situasi itu. Jadi, apa perlu aku bangun dan melepaskan segalanya? Move on dari perkara yang tidak nampak mana penghujungnya?
Dah nak masuk bulan kelima, apa aku perlu menunggu untuk tahun yang kelima?
Bagaimana kalau disepanjang penantian tu, aku terlepas pada perkara-perkara lain yang datang? Bukankah itu satu kerugian?
YOU ARE READING
Tulisan-tulisan patah
PoetryTiada apa di sini. Duduklah di sisi jendela, menikmati alam yang sedang kehujanan dan menghirup secawan kopi bersama bait-bait kata yang sedang kepatahan.