Sederhana

70 2 0
                                    

Aku cuma mahu cinta yang sederhana, rasa yang sederhana. Yang semuanya sederhana cuma. Aku mahu punyai seseorang yang bisa berkongsi tentang segala hal hatta sekecil-kecil hal yang biasa. Yang mana kadangkala dia dan aku masih bisa menghayati kebisuan masing-masing sambil tenang menikmati lagu-lagu kegemaran di dalam perjalanan yang tiada tujunya. Yang tiba-tiba dia akan menghantar pesanan ringkas, 'jom tengok wayang, otw dah ni.', 'Ada mana? Jom teman ambil barang dekat client and dinner.'

Ahh cinta itu tak perlu deepkan? Cukup dengan bila kita rasa kehadiran dia menyenangkan, kita tak rasa marah-marah, tak rasa perlu berpura-pura jadi orang lain, tak rasa serabut. Semuanya cukup sederhana, dan kita Cuma tersenyum bila ada disisi dia.

Aku melewati tahun demi tahun bertemu dengan lelaki-lelaki yang menjanjikan bulan dan bintang tapi akhirnya cuma meninggalkan aku dengan luka dan parut yang terlalu dalam. Lelaki yang kau nampak baik ibarat malaikat, muka suci bak dilimpahi nur, tapi sebenarnya merekalah yang paling melukakan. Jadi aku sudah tidak percaya lagi pada luaran seseorang, juga kata-kata dari mereka yang kononnya menenangkan tapi hakikatnya kata-kata itulah yang akan membunuh aku diakhirnya.

Aku menghabiskan waktu aku bertemu dengan lelaki-lelaki tolol sebelum ini yang tidak tahu menghargai. Ah kalau boleh diputarkan masa, ingin saja aku tukarkan segala jalan cerita. Dan cuma menunggu waktu yang tepat untuk si pria sejati datang menemui diri.

Tulisan-tulisan patahWhere stories live. Discover now