Pernah suatu ketika saya berada didalam suatu hubungan yang tidak tahu apa statusnya. Ianya dipertengahan antara kawan dan juga kekasih. Dan saya cukup tidak suka. Kerana pada saya, kawan adalah kawan, dan cara layanan juga lain. Saya tidak akan melayan seorang kawan dengan berlebihan.
Ketika sudah beberapa bulan berhubung, saya tanyakan pada dia,
'Jadi sekarang kita ini bagaimana?'
Lalu dia menjawab, 'Saya pun taktahu, saya tak pasti nanti saya boleh ke bahagia atau tidak dengan awak.'
Jawapan seperti ini, jawapan ini ke selayaknya diberi pada saya?
Perempuan yang dia cari ditiap malam untuk mengisi kebosanan, untuk mengadu keluh kesah, untuk berkongsi cerita sedih mahupun gembira.
Kalau ragu pada kebahagiaan itu, kenapa masih dicari saya ini?
Ketika itu hati saya benar-benar tawar, benar-benar rasa kosong dan malam itu saya berjanji pada diri saya, lelaki ini harus saya hapuskan dari hidup saya. Saya tak menginginkan seorang lelaki yang bertanyakan soalan bodoh tanpa mahu berusaha menjadikan ianya realiti. Kelakar bukan? Semua orang mahukan yang terbaik tapi mereka sendiri tidak mahu berusaha, jadi bagaimana yang baik itu mahu datang?
Bahagia itu subjektif. Terpulang pada individu bagaimana dia mendefinasikan bahagia itu. Ada yang hanya nampak bahagia pada perkara-perkara yang besar, ada yang yang pada sekecil-kecil perkara pun dia sudah bahagia. Tapi kalau kita mahu orang membahagiakan kita, kita pun perlu membahagiakan orang. Jika mahu menerima, perlu lah juga memberi bukan?
Dan persoalan-persoalan tentang bahagia ini tidak seharusnya dipersoalkan. Kalau memang kita ini bukan pengecut, hadapi saja realiti dan buat segalanya jadi bererti. Bukan cuma menimbulkan persoalan demi persoalan yang diri sendiri pun tidak tahu jawapannya.
YOU ARE READING
Tulisan-tulisan patah
PoetryTiada apa di sini. Duduklah di sisi jendela, menikmati alam yang sedang kehujanan dan menghirup secawan kopi bersama bait-bait kata yang sedang kepatahan.