Aku Juga Manusia

100 2 0
                                    


Kalau kau tahu apa ada dalam jiwa aku, bila mana aku perlu bahu untuk tumpang menyandar, masa tu tak ada yang sudi menghulur, masa aku nak sangat rasa dihargai, tapi semua cuma buat tak peduli. Aku tercari-cari segenap sudut mana tahu kalau-kalau ada lagi tempat boleh aku menumpang teduh sampai aku lupa sebenarnya aku tak perlu semua tu. Aku cuma perlukan sejadah untuk aku bersujud, untuk aku merintih dan mengadu pada Dia yang kat atas sana.

Sampai saat aku dah betul-betul kuat, aku cuma harap yang semuanya akan baik-baik saja. Masa ni kalau kau nak tahu aku tak harap pun orang-orang yang aku harapkan ada saat aku jatuh dulu muncul lagi dalam kehidupan aku sebab pada aku sampai bila aku nak hidup dalam kenangan. Kalau masa ini layanan aku kaku tak sama macam dulu aku harap engkau tahu yang aku dah pun berlalu dari masa itu. Aku macam dah tak ada hati nak layan macam dulu. Mungkin sebab masa dan waktu dah banyak ubah aku.

Aku tak marah bila kau cari aku bila kau perlu teman mengadu, perlu teman berbicara sedang dulu waktu aku begitu kau tiada. Jujur aku tak marah bahkan tak punya apa rasa cuma satu, tolong hargai aku, perasaan aku sebab aku pun manusia biasa sama macam kau.


(Tulisan ini ditulis tiga tahun yang lepas sekitar tahun 2013 ketika mana orang yang saya sudah tidak harapkan lagi muncul dalam hidup saya, datang kembali. Meluahkan rasa, mengadu tentang masalah-masalah dia. Saya sedikit terkilan kerana diwaktu saya sedang berduka, dia sedikit pun tidak mahu tunjukkan muka.)

Tulisan-tulisan patahWhere stories live. Discover now