Kehadapan tuan.
--yang mana memori-memori bersama tuan adalah memori yang takkan pernah terlupakan.Disini saya masih menyulam semua memori semalam. Saya masih ingat tiap baris kata yang tuan karangkan dalam surat-surat yang pastinya sampai ditangan saya tiap kalinya petang menjelma. Saya masih ingat renungan mata tuan tiap kali kita bertatapan. Saya masih ingat kata-kata hangat tuan yang menenang saat saya gundah. Saya masih ingat semuanya tentang tuan.
Tapi apa agaknya tuan masih ingat akan saya? Saya yang pernah tuan cinta dan saya yang hatinya telah tuan curi lama enam tahun dahulu tanpa tuan sempat pulangkan lagi, hatinya sudah retak beribu. Dan masih lagi tak habis dicantum hingga kini.
Kehadapan tuan, saya masih menyulam memori-memori kita yang semalam, tanpa berharap tuan akan kembali kepangkuan. Kerana pengharapan itu sudah saya kuburkan lama dulu ketika tuan pergi untuk yang kedua kalinya.
Saya akan terus menyulam memori bersama tuan, kerana hanya itu yang akan membuatkan saya tersenyum. Meski saya tahu tuan sudah jauh, sudah pergi dari daerah cinta kita, sudah lupa jalan untuk kembali. Tidak mengapa. Saya masih akan tersenyum. Tersenyum melihat kebahagiaan tuan.
Senyum paling dalam, sambil mengenang memori bersama tuan.
YOU ARE READING
Tulisan-tulisan patah
PoetryTiada apa di sini. Duduklah di sisi jendela, menikmati alam yang sedang kehujanan dan menghirup secawan kopi bersama bait-bait kata yang sedang kepatahan.