Hidup ini pilihan. Dalam apa pun yang kita lalui, kita takkan dapat lari daripada membuat pilihan. Mahu makan juga harus buat pilihan, sama ada mahu makan apa, atau makan dimana. Mahu order air teh juga perlu buat pilihan sama ada mahu teh o ais ataupun teh ais.
Kita ada pilihan untuk;
Berbahagia atau berduka
Pergi atau tinggal
Kekal sama atau berubahKita ada pilihan untuk;
Mengecewakan atau tidak mengecewakan
Mencuba atau mengalah
Mencintai atau membenci
Memaafkan atau tidakDan jawapan aku?
Pilihlah apa-apa pun asalkan yang membahagiakan diri kita.Kalau ada yang mematahkan tiap langkah dan hatimu, segeralah bangun dan teruskan kehidupan seperti biasa. Hidup ini terlalu singkat untuk berlama-lama dalam kedukaan.
"Kerana kita adalah orang-orang yang tak pernah kalah, cuma jatuhnya ditempat yang salah."
YOU ARE READING
Tulisan-tulisan patah
PoetryTiada apa di sini. Duduklah di sisi jendela, menikmati alam yang sedang kehujanan dan menghirup secawan kopi bersama bait-bait kata yang sedang kepatahan.