Kita selalu bukan?
Berangan mahu yang-;
berjuang mahukan kita,
ada ditiap perlunya kita,
sudi meminjamkan bahunya,
kasihkan kita sepenuhnya,
masih berkehendakkan kita walau banyak celanya,
bersabar melayan kerenah kita,
Kita selalu bukan?
Mahukan yang begini dan begitu,
Sedang manusia sempurna lengkap segalanya
Seperti senarai jejaka idaman yang kita sudah senaraikan
Cuma wujud dalam telenovela
Atau mungkin Cuma satu dalam sejuta.
YOU ARE READING
Tulisan-tulisan patah
PoetryTiada apa di sini. Duduklah di sisi jendela, menikmati alam yang sedang kehujanan dan menghirup secawan kopi bersama bait-bait kata yang sedang kepatahan.