Cuma untuk satu kali

57 6 0
                                    

Bulan sudah gugur dipangkuanku,

bintang-bintang sudah luruh disisiku,

langit serta awan turut sama menemaniku,

rintik-rintik hujan juga jatuh satu persatu,

semuanya bersimpati pada aku,

yang sedang menangis pilu merindukan kamu.


Sesekali angin menampar lembut wajahku,

mengingatkan aku pada realiti yang mana--

kita takkan selalunya dapat apa yang kita mahu.


Dan terkadang mencintai itu tidak semestinya untuk memiliki,

mungkin cukup hanya sekadar kau mendoakan dari kejauhan,

dan kau akan mengerti yang mencintai itu perlukan keihklasan.


Walaupun dalam diam, aku berharap cuma untuk satu kali ini,

dia akan memandangku dan menyedari,

bahawasanya yang aku masih ada disini. 

Tulisan-tulisan patahWhere stories live. Discover now