Ada masa-masanya, aku sering tertanya sama Dia. Mengapa aku? Mengapa aku yang sering dirundung malang itu? Mengapa aku yang sering terkecewa itu? Mengapa? Mengapa? Sampaikan satu tahap aku rasa mahu pergi dari segalanya, aku bawa diri jauh dari semua, dan juga dia. Aku marah kerana aku rasa Dia sudah tidak sayangkan aku, Dia tidak mahu mengabulkan permintaan-permintaan aku. Apa dia sudah tidak peduli sama aku? Atau Dia sudah kecewa sama aku?
Aku marah dan memberontak. Aku mencari hiburan lain buat menenang hati yang gundah, aku lupakan Dia.
Lalu sebenarnya, siapa yang kecewa sama siapa? Aku atau Dia?
Kerna aku sendiri tahu, dan kau juga tahu bukan, Dia takkan pernah mengecewakan hambaNya. Dan kau seharusnya sedar diri.
YOU ARE READING
Tulisan-tulisan patah
PoetryTiada apa di sini. Duduklah di sisi jendela, menikmati alam yang sedang kehujanan dan menghirup secawan kopi bersama bait-bait kata yang sedang kepatahan.