Berada di bumi skudai sebenarnya, buat aku tak betah. Buat aku tak karuan. Disini Tuhan mendekatkan semula aku pada dia yang terlalu payah untuk aku buang dari hati mahupun ingatan. Sayang, keberdekatan ini tak mampu untuk menyatukan kembali hati kita. Kau dengan pilihan kau, dan aku dengan pilihan aku. Yang paling merisaukan aku adalah perpisahan selepas ini, selepas kita menggenggam segulung ijazah, kita akan jauh lagi, dan entah bila akan bertemu lagi walau sekadar aku hanya bisa lihat kau dari kejauhan dan berbalas sapaan tatkala berselisih dipersimpangan jalan.
Cuma dibumi skudai ini, aku bisa nampak kelibat kau, cuma disini hati aku bisa berbunga tatkala kau lemparkan senyuman. Cuma disini...Dan aku tahu semuanya akan berakhir selepas ini. Entahkan doa aku kali ini akan didengar Tuhan lagi. Tentang betapa aku terlalu merindui, tapi semuanya aku tahu sudah berakhir disini. Tiada apa lagi yang harus diperjuangkan melainkan sisa-sisa kenangan yang menyinggah tiap kali hujan tiba, tiap kali hatiku hiba.
YOU ARE READING
Tulisan-tulisan patah
PoetryTiada apa di sini. Duduklah di sisi jendela, menikmati alam yang sedang kehujanan dan menghirup secawan kopi bersama bait-bait kata yang sedang kepatahan.