Aku Menemukan Nama Kau di Semua Tempat(ii)

152 4 0
                                    

Aku menemukan lagi nama kau disemua tempat--

didalam renyai hujan yang jatuh membasahi bumi, didalam rintik-rintiknya hujan yang seakan takmahu berhenti.

Aku menemukan lagi nama kau disemua tempat--

didalam fikiran yang menerawang entah kemana, dan ku lihat didalamnya nama kau muncul dimana-mana.

Aku menemukan lagi nama kau disemua tempat--

didalam lagu yang kita nyanyikann bersama ketika berada didalam perjalanan, didalam rasa bahagia yang kau pinjamkan seketika.

Aku menemukan nama kau disemua tempat--

Tetapi aku tidak menemukan nama aku di satu tempat iaitu; di hati kau.

Tulisan-tulisan patahWhere stories live. Discover now