(Ditulis pada 7 Mac 2016)
Moga awak terus kuat macam selalu walau kuat mana pun badai melanda, walau teruk mana pun ribut menghentam, sebab saya tahu awak kuat.
Untuk awak, hati. Jangan pernah mengharap pada yang tak sudi dan jangan ditangisi segala ketentuan Illahi, sebab saya tahu awak kuat. Macam selalu.
Moga awak hati, terus cekal hadapi segala perit dunia dan terus percaya pelangi masih sudi bertemankan kita bila hujan sudah reda.
Untuk awak, hati. Kita tak boleh expect semua benda akan jadi macam yang kita mahu, semua itu kerja Tuhan siapalah kita ini cuma manusia yang tiada daya.
Moga awak hati, masih sudi percaya yang cinta sejati itu akan tiba bila awak letakkan segala pengharapan hanya pada Dia Yang Maha Kuasa.
Untuk awak, hati. Maafkan semua yang pernah menyakiti awak. Mungkin mereka tidak sedar dengan apa yang telah mereka lakukan.
Moga awak hati, punya hati yang baik masih sudi memujuk diri agar tidak membenci sesiapa pun yang pernah melukakan.
Untuk awak, hati. tetaplah bertahan kerna kalau tidak bagaimana saya mahu teruskan kehidupan?
YOU ARE READING
Tulisan-tulisan patah
PoetryTiada apa di sini. Duduklah di sisi jendela, menikmati alam yang sedang kehujanan dan menghirup secawan kopi bersama bait-bait kata yang sedang kepatahan.