Dia, yang paling baik sekali.

77 3 0
                                    

Ketika mana saya mengeluh tentang semua perkara,

Tuhan masih lagi berbaik hati pada saya.

Pada hal-hal yang tidak saya mintakan,

Dia masih berbaik hati untuk memberikan.

Pada perkara-perkara yang membuatkan saya kecewa,

Dia tak lupa untuk memberikan bahagia.

Dia masih memberikan saya kesempatan untuk berpijak diatas bumi ini.

Dia masih memberikan saya peluang untuk menghirup udara nyaman,

melihat bulan terang, menikmati senja yang tenang, serta mengagumi langit biru yang lapang.

Ketika mana saya rasa terlalu lelah dengan semuanya,

saya akan berhenti sejenak, duduk dibangku tempat menunggu lrt tiba.

Saya pandang ke dada langit yang maha luas, pejamkan mata dan menarik nafas dalam-dalam.

Tuhan ciptakan semuanya punyai hikmah. Bahkan pada setiap perkara yang kita lalui telah Tuhan siapkan segalanya.

Tinggal kita ini sebagai hambaNya yang perlu mengambil dan mengutip setiap satunya di sepanjang perjalanan ini, mencantumkan dan mencari tahu apa makna yang tersembunyi.

Tuhan itu yang paling baik sekali. Sedang apa yang kau tidak minta, Dia tetap juga berikan.

Inikan lagi yang kau doa disetiap sepertiga malam. Cuma Dia tapis apa yang perlu, apa yang tidak. Sebab Dia kan lebih tahu apa yang kau perlu berbanding apa yang kau nak :)

Tulisan-tulisan patahWhere stories live. Discover now