Ini Haikal. Antara yang paling aku rapat masa mengajar prep malam di rumah arrayan. Hari last mengajar di arrayan sebulan yang lepas (sebab dah tukar mengajar di mutiara rini) aku ada berikan sehelai surat kepada dia, tak lain tak bukan supaya dia teruskan semangat utk hari yang akan datang.
Semalam ketika program sedang berlansung, dia duduk disebelah aku, aku perasan dari awal, tak lepas purse hijau dari tangan dia. Aku tanya apa dalam tu, mula2 dia taknak tunjuk, lepastu tiba2 dia buka dan tunjuk pada aku. Aku nampak kertas berwarna putih, dan ketika dia keluarkan kertas itu, tahulah aku yang dia masih menyimpan surat yang aku berikan dulu walaupun sudah terkoyak dua.
Pagi ini ketika makan, dia tanya aku, 'akak nanti ajar saya baca iqra' boleh?' Aku jawab 'boleh... ' 'malam ni boleh tak kak?'
Aku terdiam. Sebab sekejap lagi pukul 11.30 pagi kami akan bertolak pulang ke UTM.
Ketika hendak bertolak pulang, haikal lambai aku dari atas, aku nampak mata dia merah, muka dia merah.
'Haikal, jangan nangis, nanti akak datang lagi.' Aku jerit dari bawah.
Dia kesat air mata sambil pusing kebelakang. Taknak aku lihat dia menangis barangkali atau mungkin dia tak mahu lihat aku pergi.
Dan air mata aku turun selaju langkah kaki yang aku lajukan menuju ke bas.
Ditulis pada 19 May 2015
YOU ARE READING
Tulisan-tulisan patah
PoetryTiada apa di sini. Duduklah di sisi jendela, menikmati alam yang sedang kehujanan dan menghirup secawan kopi bersama bait-bait kata yang sedang kepatahan.