Ada beza bukan antara kita selesa atau tidak dengan orang yang kita suka(mungkin).
Jadi ini dari hasil pengalaman aku;
Contoh 1:
Bila kau tak selesa dengan orang tu, kau tiba-tiba jadi senyap macam ada dalam kubur padahal kau lah mulut paling becok sekali bila jumpa orang lain. Kau macam nak melawak ke nak gelak-gelak ke kau rasa macam hambar. Kau rasa macam, 'kenapa aku nak kena gelak dengan kau.' Haa macamtu lah .
Tapi bila kau selesa dengan orang tu, kau boleh cerita atau borak apa sahaja dengan dia. Kau tak kisah pun gelak berdekah macam orang gila, sebab kau tahu kau selesa dengan dia, dan dia pun selesa dengan kau.
Contoh 2:
Bila kau tak selesa dengan orang tu, lagu apa pun yang diputar dekat radio semasa dalam kereta kau tak ambil kisah dan cuma pandang ke luar je sebab kau taktahu nak borak apa.
Tapi bila kau selesa dengan orang tu, kau dengan dia akan cari lagu kegemaran sama-sama dan melalak dalam kereta macam orang gila. OMG! The best feeling ever babe!
Contoh 3:
Bila kau tak selesa dengan orang tu, bila dia call kau malas gila nak angkat, sebab kau boring dengar apa yang dia cakap. macam semua benda membosankan. Gila tak bosan bila kena dengar keluhan orang? Ah come on lah!
Tapi bila kau selesa dengan orang tu, dia text kata 'Hi!' pun kau dah gembira gila, hati macam berbunga-bunga, padahal text kejap-kejap je. Tapi kau tak kisah sebab faham diri masing-masing tengah sibuk apa semua.
Contoh 4:
Bila kau tak selesa dengan orang tu, bila dia pakai something yang macam tak kena dimata kau, kau lagi lah double tak selesa. Kau macam malu nak jalan dengan dia. Macam hm entahlah, sebab dah kau tak selesa kan.
Tapi bila kau selesa dengan orang tu, kau rilek je dia pakai macam mana sekalipun, sebab ah come on, kau selesa kot dengan dia, so benda lain tak penting hiks
Contoh 5:
Bila kau tak selesa dengan orang tu, kau tak jadi diri kau sendiri, kau macam cover semua benda sebab kau tak suka dia tahu diri kau yang sebenar. Kau macam control-control je semua benda. Ini benda paling tak best okay.
Tapi bila kau selesa dengan orang tu, kau tak kisah pun, tak kisah tunjuk kat dia diri kau macam mana, kau gelak macam setan, kau menangis macam hapee, kau marah bila ada benda tak kena, kau membebel pasal benda-benda remeh sekalipun kau tak kisah, sebab dia pun tak kisah.
Haa contoh lain nantilah aku fikirkan lagi. Aku rasa perasaan suka je tak cukup beb kalau kau tak selesa dengan dia. Contohlah kalau jodoh panjang, macam mana kau nak lalui hari-hari dengan dia kalau everything yang kau buat, kau tak ikhlas, kau rasa tak best? hmmmm
YOU ARE READING
Tulisan-tulisan patah
PoetryTiada apa di sini. Duduklah di sisi jendela, menikmati alam yang sedang kehujanan dan menghirup secawan kopi bersama bait-bait kata yang sedang kepatahan.