Bila semua air mata sudah habis,
Bila kasih sudah menipis,
Bila sayang sudah memudar,
dan bila hati sudah retak seribu...
Kau takkan temui lagi aku,
Kerna yang tinggal hanyalah sisa-sisa kebencian,
Yang kalau aku hamburkan kepada kau,
Khuatir kau akan mati tertusuk dengannya.
Jangan pernah datang lagi,
Hatta untuk memohon maaf,
Kerana bila semua air mata sudah habis,
Kau juga telah aku kuburkan jauh-jauh di dalam lubuk hati.
YOU ARE READING
Tulisan-tulisan patah
PoetryTiada apa di sini. Duduklah di sisi jendela, menikmati alam yang sedang kehujanan dan menghirup secawan kopi bersama bait-bait kata yang sedang kepatahan.