Tak Tahu

280 8 0
                                    

(Tulisan ini telah ditulis pada tiga tahun yang lalu dan disiarkan didalam zine Buku Jalanan UTM berjudul Overrated)

Nama aku Reen. Usia aku belum lagi menjangkau 20-an dan ya sepanjang itu aku dah pernah tiga kali jatuh cinta. Haha teruknya aku. Ini cuma sekadar kisah seorang aku, tiada apa yang istimewa. Memang cita-cita aku untuk menuntut ilmu dibumi UTM Skudai dan kerana itu aku berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan dekan bagi dua semester. Niat aku cuma satu, ingin mencari kembali diri yang hilang.

Dan ya akhirnya aku disini, bumi UTM Skudai yang pada aku cukup membanggakan mak dan abah. Tiba-tiba kegembiraan aku bagai direntap tatkala aku mendapat satu khabar berita. Hmm biar aku namakan dia dengan nama Shak. Dia pernah jadi orang yang paling penting dalam hidup aku. Tapi itu dulu, cerita dua tahun lepas, cerita ketika sedang berbahagia. Tamat zaman persekolahan, aku dan Shak masing-masing bawa haluan sendiri, katanya kami tiada jodoh.

Tapi kini dia ada didepan mata aku. Disini, dibumi UTM Skudai. Tuhan makbulkan doa aku setiap malam---

'Supaya didekatkan aku dan dia, andainya jodoh itu milik kami.'

Keberdekatan ini tak mampu untuk memadamkan rindu dendam untuk dua tahun perpisahan, dua tahun tidak bersua muka. Dan ya dia dah pun punya orang lain dihati. Aku cuma mampu pandang dia dari jauh. Bukan dia tidak mahu bersahabat dengan aku, aku yang menjauhkan diri. Bukan kerana rasa itu telah hilang, cuma aku tak mahu terluka lebih dalam.

Tapi mengapa Tuhan, makin aku ingin menjauh, makin dia ada dihari-hari aku. Mana taknya kan? Aku dan dia ditakdirkan berada difakulti yang sama dan juga dikolej kediaman yang sama. Hebat kuasa Tuhan sedekat ini Dia temukan kami setelah bertahun terpisah. Cuma yang aku tidak tahunya, apakah ertinya semua ini?

Keberdekatan ini ada dua kemungkinan-----

Pertama, mungkin aku dan dia ditakdirkan untuk bersama diakhirnya.

Atau,

Kedua, ini hanya sekadar ujian, mungkin aku bukan jodohya seperti yang dia kata dulu.

Entah, sungguh aku tak tahu. Rencana Tuhan harapnya baik-baik sahaja.

Aku coretkan didalam diari,

"Like a stranger, i watch you from a distance. Smile for your happiness."

Ya aku bahagia andai kau bahagia. Cuma satu pinta aku, jangan lupakan aku walaupun mungkin kita tak ditakdirkan bersama. Bumi Skudai menemukan kita dan mungkin suatu waktu nanti bumi Skudai ini juga yang akan memisahkan kita untuk selama-lamanya.


12.19 pm

1/11/2013

Tulisan-tulisan patahWhere stories live. Discover now