Kepada Tuan-nya tuan--
Tatkala mahu menulis ini kepada Engkau, aku kaku seketika, berada dalam jeda yang panjang. Entah apa lagi yang perlu aku minta bilamana semuanya telah Engkau berikan hatta hal-hal kecil yang tidak aku minta sekalipun.
Tuan-nya tuan,
aku tahu Engkau lebih mengetahui tetang segala hal, tentang apa yang terbaik untukku, lalu aku menyerahkan segalanya pada-Mu. Dan kalau ada ketikanya aku seperti tidak menerima akan takdir-Mu, Kau redhakanlah hatiku.
Tuan-nya tuan,
aku seringkali mengeluh tentang hal-hal cinta yang tidak kesampain. Dan tiapkalinya itu Engkau masih sudi mendengarnya. Engkau menjadi satu-satunya saksi pertumpahan air mata ini tatkala aku kecewa dan terluka. Tapi Tuan, hamba-Mu ini masih berdegil masih berkejaran mencari cinta lalu akhirnya dia kecewa lagi.
Tuan-nya tuan,
satu ini yang benar-benar mahu aku minta dan aku tahu nanti-nanti akan kau kabulkan juga. Kau gantikanlah segala duka dan kecewa ini kepada bahagia. Aku cuma mahu jadi orang yang paling bahagia di dunia ini. Orang paling bahagia.
YOU ARE READING
Tulisan-tulisan patah
PoetryTiada apa di sini. Duduklah di sisi jendela, menikmati alam yang sedang kehujanan dan menghirup secawan kopi bersama bait-bait kata yang sedang kepatahan.