Sumpahan

51 4 0
                                    

Setelah beberapa episode cinta yang tak kesampaian aku selalu rasa yang aku mungkin tidak berjodoh dengan orang yang namanya bermula dengan huruf A, kerana semua yang pernah singgah didalam hidup ini majoriti nya bermula dengan huruf A. Tapi kemudiannya, datang orang lain yang bermula dengan huruf H, masih juga tidak kesampaian.

Atau apa sebenarnya sumpahanku ini bukan hanya pada orang yang punyai nama bermula dengan A sahaja, malah pada huruf B, C, D hingga pada huruf Z sekalipun?

Mungkin aku memang punyai sumpahan pada semua lelaki hingga aku masih tidak ketemu lagi sama dia yang akan memegang seluruh hati dan jiwaku, menjadi peneman dan sahabat dikala duka dan bahagia.

Entah siapa agaknya gerangan yang bakal menamatkan sumpahan ini, aku masih tak ketemu jawapannya.

Tulisan-tulisan patahWhere stories live. Discover now