Tiga pagi, depan balkoni.
Sesekali merenung ke langit yang luas, sesekali melihat ke jalan raya di bawah sana. Rasa janggal mahu menulis setelah sekian lama tak menjenguk ke sini. Mungkin saja semua rasa sudah tak mampu aku gubah menjadi kata. Jadi, aku kehilangan kata-kata untuk sementara waktu yang ada. Aku tak tahu sampai bila. Mungkin sampai bila-bila, sampai aku jumpa apa yang aku cari.
Aku rasa tiap inci hati aku dah patah dan remuk. Sakit sampai aku tak dapat dah nak rasa sakitnya. Atau mungkin dah sebati rasa sakit tu dengan diri. Aku sedih tapi tak ada air mata yang mahu keluar.
Rasa macam semuanya dah mati, tapi aku masih lagi mampu berdiri. Kau nampak kan yang Tuhan tu masih lagi berbaik hati?
Aku ada banyak perkara yang berlegar dalam kepala tapi tangan kaku untuk menaip tiap patah kata. Tak apa lah, beri aku waktu, nanti aku datang lagi ke sini ya.
You don't have to hurt anymore
With a little time take a look and find what you're searching for.
YOU ARE READING
Tulisan-tulisan patah
PoetryTiada apa di sini. Duduklah di sisi jendela, menikmati alam yang sedang kehujanan dan menghirup secawan kopi bersama bait-bait kata yang sedang kepatahan.