Aku tamatkan semuanya--
Kisah kita yang seperti tiada halatujunya lagi, luka dan parut yang masih berbekas kau tinggalkan, perasaan yang tak kesampaian dan semua kenangan yang akan nanti-nanti terhapus juga.
Aku tak nampak jalan lain lagi selain menamatkan semua ini. Kau tak mahu kita lebih dari kawan, dan aku tak mahu membuang masa dengan hanya sekadar berteman. Jadi, aku rasa ini yang terbaik untuk kita berdua.
Mengingati kau hanya akan memanjangkan waktu. Aku pilih untuk memaafkan supaya tiada lagi beban yang akan aku galas di bahu. Semoga waktu akan menghapus jejak bayang kau dan kenangan kita.
Dan semoga, di kehidupan akan datang, Tuhan tidak akan mempertemukan kita lagi.
YOU ARE READING
Tulisan-tulisan patah
PoetryTiada apa di sini. Duduklah di sisi jendela, menikmati alam yang sedang kehujanan dan menghirup secawan kopi bersama bait-bait kata yang sedang kepatahan.