Hidup ini hanya sekali

93 1 0
                                    

Kadang-kadang aku rasa kita ni terlalu menghargai satu benda, satu orang cuma. Hingga terkadang banyak perkara lain yang terjadi disekeliling, kita terlepas pandang. Aku jarang mahu menulis di muka buku ini, entah. Mungkin aku malas mahu berhadapan dengan persepsi orang.

Aku rasa hidup ini hanya sekali dan yang sekali itulah masanya untuk kita lakukan segalanya yang kita mahu, segala yang membahagiakan kita(baca; bukan sekadar bercinta). Ada banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan. Bumi Tuhan ini kan tersangat luas untuk kita terokai.

Aku pernah berada dalam situasi yang begitu, yang rasa mahu being in love sentiasa. Dan ada satu perkara yang paling terkesan yang buat aku rasa dan fikir, macam mana kita bercinta sekali pun kalau Tuhan kata itu bukan jodoh kita, tetap juga bukan. Cerita lama yang buat hati aku kuat kalau nanti nanti ditinggal pergi lagi.

Ada satu orang di enam tahun yang lalu pernah menjadi antara orang terpenting sekali dalam hidup ini. Kemudian takdir tak memihak, terputus ditengah ketika sedang bahagia. Lalu kemudian, sebelum jejakkan kaki disini, aku berdoa tiap siang dan malam agar Tuhan temukan kami lagi ditempat yang sama. Supaya rindu dendam hampir dua tahun tidak bersua akan terbalas. Dan doaku didengar Tuhan. Tapi sayang, walau keberadaannya terlalu dekat, walau ada dikelas yang sama, tetap juga takdir itu bukan milik aku. Dan kemudian aku mempersoalkan Tuhan, kenapa dia ada disini didekat ini tapi dia bukan milik aku? Betapa hinanya aku sebagai hamba tidak mahu bersyukur atas doa-doa yang aku minta sebelum ini yang Dia kabulkan. Ah manusia, kau tahu bukan sikapnya bagaimana?

Bertahun juga aku tertanya, apa hikmahNya semua ini. Dan aku temui, cinta itu bukan hanya sekadar memiliki. Dan termakbulnya doa tak semestinya dia jodoh kita, mungkin itu ujian. Tuhan mahu menguji sama ada aku ikhlaskan ketentuan ini atau tidak. Tuhan mahu aku berkongsi rasa cinta yang terlalu banyak ini kepada orang lain, orang yang lebih memerlukan, bukan hanya untuk seorang.

Sejak itu aku berhenti mencari cinta dan bahagia hanya untuk diri sendiri. Aku lebih memilih untuk berkongsi rasa ini, kerna disitu aku temui kebahagiaan. Pesan aku yang tak seberapa ini, masa muda remaja ini, keluarlah dari zon selesa kau, lihatlah dunia, dunia yang kau rasa indah ini sebenarnya penuh kudis dan air mata di celahannya.

(Di tulis pada 15 Mac 2016)

Tulisan-tulisan patahWhere stories live. Discover now