Hanya perhati dari jauh, mungkin itu sudah cukup.
Lainnya cuma tunggu dia yang memulakan.
Bukan mahu mengajar diri jadi ego.
Cuma rasa dah penat jadi pengejar sebelum ini.
Sekarang hanya mahu jadi pemerhati.
Walau rindu bagai hendak pecah didada.
Walau keinginan meronta.
Tak mengapa.
Cinta abadi akan datang suatu masa nanti.
Kalau benar dia, dia akan kembali.
Kalau bukan, hanya mampu angkat kaki
cekalkan hati dan hadap segala perit dunia.
Dan kemudian percaya lagi pada cinta abadi
yang kononnya akan datang menemui.
dan kemudian kau kecewa lagi untuk yangke empat ratus lapan puluh kali.
YOU ARE READING
Tulisan-tulisan patah
PoetryTiada apa di sini. Duduklah di sisi jendela, menikmati alam yang sedang kehujanan dan menghirup secawan kopi bersama bait-bait kata yang sedang kepatahan.