Segelas ingatan dan sepotong kenangan

92 5 0
                                    

Sepotong kenangan ketika kali pertama kita bertemu berlegar-legar di ingatan menemani aku yang sedang menghirup segelas teh hijau sambil memandang langit yang hitam dan pekat. Gelas yang kau dapatkan ketika bersungguh-sungguh mengayuh basikal untuk mendapatkan mata tertinggi ketikanya kita pergi ke karnival bersama.

Lalu diberikan kepada aku.

Semua tentang kau, sangat manis. Cuma pada satu, iaitu hati yang masih tidak disudi bukakan untuk aku. Dan aku menyedari ianya lebih pahit dari teh hijau yang sedang aku hirup ini.

Segelas ingatan, sepotong kenangan dan cinta yang tak kesampaian.

Tulisan-tulisan patahWhere stories live. Discover now