Hati ini, dah aku gantung di atas sana, di dada langit yang jauh dari semuanya. Kalau kau mahu, kau boleh panjat dan petik. Tapi aku tahu kau takkan berusaha sehingga tahap itu kan? Manusia mana ada yang nak bersusah-payah, semua benda nak senang. Lagi-lagi kalau melibatkan soal hati dan perasaan ni.
Ada kau tanya kenapa aku gantung jauh sangat sampai ke atas sana?
Tak. Kau takkan tanya sebab yelah kan buat apa kau nak peduli soal orang lain. Sebab tu aku letak dia jauh-jauh. Jauh dari semua manusia, supaya tak ada yang boleh menyakiti dan melukai hati aku lagi. Aku pernah letak dia kat tempat yang semua orang boleh nampak, macam menjual hati pulak aku rasa. Letak dipasar supaya semua orang boleh tengok, boleh teliti bagus apa tidak. Kalau mahu boleh beli, kalau tidak mahu tak mengapa. Lama-lama hati tu jadi kotor, sebab dah banyak manusia yang pegang. Sampai hati aku tu dah jadi macam bukan hati aku lagi.
Sebab tu bila aku dah bersihkan ni, aku buat keputusan untuk gantung dia didada langit sana. Sekurangnya ada bulan dan bintang yang boleh menemani. Dan...
dan mungkin sebab lagi dekat dengan Tuhan. Jadi sekaligus semua harapan aku, aku letakkan pada Tuhan, bukan lagi pada manusia.
YOU ARE READING
Tulisan-tulisan patah
PoetryTiada apa di sini. Duduklah di sisi jendela, menikmati alam yang sedang kehujanan dan menghirup secawan kopi bersama bait-bait kata yang sedang kepatahan.