Menghabiskan sisa-sisa malam dengan membaca
buku-buku kegemaran bertemankan rintik hujan.
Kadang rasa tenang, kadang sunyi mencengkam.
Mungkin inilah nasib perempuan sepi.
Duduk sendiri sambil mengira bintang disisi.
Tiada yang sudi menemani
hinggakan sunyi itu serasa sudah sebati.
Hinggakan bila duduk dikeramain
jadi tak keruan.
Masih mahu mencari sunyi.
Masih mahu mengira bintang disisi.
Agaknya masih adakah yang sudi menemani perempuan sepi ini?
Maksud aku, menemani sampai akhir nafasnya nanti?
YOU ARE READING
Tulisan-tulisan patah
PoetryTiada apa di sini. Duduklah di sisi jendela, menikmati alam yang sedang kehujanan dan menghirup secawan kopi bersama bait-bait kata yang sedang kepatahan.