Terima kasih untuk mak dan abah yang tak pernah mengajar aku untuk bermewah-mewah. Yang mengajar aku untuk bersyukur pada sekecil-kecil perkara. Yang bahagia pada perkara sederhana.
Terima kasih untuk mak dan abah yang mengajar aku erti kekuatan. Yang dulunya aku pernah melihat emak menahan kesakitan kerana ketumbuhannya. Yang dulunya aku pernah melihat wajah kerut kepenatan abah setiap kalinya pulang kerja. Dan aku belajar dari situ, untuk terus hidup walau dunia ini kadangkala tak berpihak pada kita.
Terima kasih untuk mak dan abah yang membiarkan aku mandiri. Dulu aku selalu tanya dalam hati, Kenapa emak atau abah tak pernah tanya sama ada aku okay atau tidak, tidak pernah tanya aku dimana tiap kali keluar jauh.' Lalu kakak ku memberikan jawapan, 'itu kerana kau sudah biasa sendiri, bukan emak dan abah tidak risau tapi mereka percaya pada kau.'
Terima kasih untuk mak dan abah. Walau emak dan abah tidak pernah meluahkan kata-kata sayang atau penghargaan didalam facebook atau instagram untuk aku seperti kebanyakkan emak dan ayah orang lain, tapi aku tahu cinta mereka kepada aku melebihi luasnya angkasa dan bumi.
Terima kasih untuk mak dan abah untuk duapuluhtiga tahun ini membesar aku. Walau kadangkala aku rasa masa aku banyak dihabiskan dilain tempat(kerana sejak tingkatan 1 duduk asrama), 2007 sampai ke 2017 adalah dekat 10 tahun aku tidak melekat dirumah.
YOU ARE READING
Tulisan-tulisan patah
PoetryTiada apa di sini. Duduklah di sisi jendela, menikmati alam yang sedang kehujanan dan menghirup secawan kopi bersama bait-bait kata yang sedang kepatahan.