Hakikat Hidup

90 1 0
                                    

Dalam hidup aku dari kecik lagi, aku selalu usaha sendiri untuk dapat apa yang aku nak. Kadang-kadang aku cemburu jugak dengan kawan-kawan yang mak ayah belikan beg tangan, handphone mahal-mahal apa semua tu. Aku selalu pandang mereka dengan perasaan cemburu, dan tanya pada diri aku kenapa aku tak seperti mereka. Kenapa mereka senang dapat apa yang mereka mahu. Sedang aku perlu simpan duit sendiri untuk dapatkan semua tu. Aku pernah melalui fasa di awal remaja yang mana aku akan memberontak bila kemahuan aku tak dipenuhi. Kadangkala benda yang aku mahu tu bukanlah benda yang mahal pun. Yelah mana tidaknya kan, aku duduk asrama, bila ada barang nak beli atau barang tu dah habis, mestilah bila balik rumah baru beli. Tapi bila kat rumah, kadang-kadang abah tak cukup duit. Lepastu aku kena simpan lagi benda yang aku nak beli tu sampai ke next turn balik rumah lagi sekali, tapi tetap jugak tak dapat. Yelah masa tu gaji abah bukannya banyak sangat. First henfon yang aku beli itu pun waktu akhir form 3, guna duit raya. Lepastu henfon tu kena rampas dengan warden asrama. Celaka betul aku rasa masa tu. Aku nak tebus balik henfon tu pun still dia tak bagi, padahal ketua warden bagi je. Sampai sekarang aku dendam dengan cikgu tu. Lantak situ nak kata aku apa, yang penting aku memang berdendam dengan dia.

Aku pernah tolong mak jual kuih dekat sekolah. Masa aku sekolah rendah mak buat kuih untuk satu makcik ni, kira makcik ni jual tepi jalan macam tu, nanti mak aku buat lebih kalau aku dengan akak aku nak bawak jual dekat sekolah. Selalunya kuih aku laku je sampailah satu hari tu macam manatah kantoi dengan makcik kantin hmm rasanya sebab kawan aku nak tukar duit kecik dia terbawak sekali kuih tu depan makcik kantin tu. Terus makcik tu jumpa aku marah aku jual kuih dekat sekolah. Masa tu kawan-kawan yang lain takut dah nak beli kuih dari aku. Air mata aku tunggu masa nak jatuh je. Aku bawak kuih banyak kot haritu, macam mana aku nak jawab dengan mak. Aku tau mesti mak tak marah aku, tapi mesti mak sedih tengok kuih dia takde orang beli. Sampai rumah aku diam je, mak tanya kenapa banyak lagi kuih ni, aku cakap mak cik kantin marah jual dekat sekolah. Mak aku rilek je cakap takpelah takde rezeki nak buat macam mana. Aku tak boleh nangis depan mak aku, terus aku masuk bilik air, mandi sambil menangis.

Aku tak pernah malu bila aku takde duit, bila aku susah. Sebab semua tu buat aku kuat untuk berusaha cari duit sendiri. Masa awal-awal aku try berbisnes masa tu tengah tunggu nak masuk degree, aku tak pandai pun selok-belok niaga ni. Aku beli borong dekat satu online shop ni, bila barang sampai dekat rumah, aku macam tergamam gila sebab material dia bukan yang macam aku bayangkan. Kalau jual komfem tak laku. Masa tu aku down gila. Dekat rm 500++ aku rugi. Tapi takpelah aku try jual benda lain, beli tudung dekat jalan tar pastu jual balik, okaylah ada untung sikit.

Ada banyak lagi benda yang aku pernah lalui, kadang sampai buat aku jatuh hingga ke tingkat paling bawah sekali. Tapi aku tahu Tuhan selalu ada menghulur tangan dari atas sana untuk aku terus bangkit semula. Dan aku pilih jalan ini untuk something yang lebih better. Kalau kau tak make a move dan tunggu sahaja rezeki turun dari langit tanpa berusaha, kau ingat Tuhan nak begi rezeki tu sekelepuk depan mata kau? Untung rugi adat berniaga, kalau tak sanggup nak hadapi risiko, pergi duduk dalam gua sana, kau takut sangat nak hadapi reality dunia kan? Inilah kehidupan. Bukan semuanya indah macam dalam cerita telenovela.

Kau kena terima hakikat.


Tulisan-tulisan patahWhere stories live. Discover now