Untuk kau dan kekasih kau yang aku tahu nanti-nanti kalian akan menjengah lagi ke ruangan ini, entah untuk apa aku tidak tahu, mungkin saja mahu mencari salah aku atau mentertawakan tulisan-tulisan aku.
Kekasih kau pernah menyebut tentang aku yang sering menulis-nulis tentang masa lalu ketika aku dan kau masih bersama;
Jadi hari ini aku mahu tanyakan pada kau,
Antara bercerita tentang indahnya masa lalu, dengan gundah dan punahnya hati kau lakukan pada aku, mana satu yang lebih merdu?
Perlukah aku menulis tentang engkau yang berubah? tentang engkau yang menyepi? tentang engkau yang tidak berusaha memenangi hati aku hanya kerana aku ini nampak terlalu mudah untuk kau?
Lumrahnya manusia, hanya sukakan yang indah, jika masa lalu yang indah itu hanya yang tinggal buat modal aku menulis, aku kira itu tak menjadi masalah. Aku menulis tidak semestinya aku mahukan semula masa yang sudah berlalu itu.
Seperti mana yang kekasih kau katakan pada aku, seharusnya kau yang perlu melihat semula pada diri, apa kebisuan kau selama ini dapat menyelesaikan semua masalah? Apa hati yang terluka bisa disembuhkan tanpa sebarang explanation? Cermin semula diri kau, dan tanya diri kau, sejauh mana telah kau lukakan hati seorang perempuan hingga dia berubah menjadi begitu kerasnya? Alasan kau ketika tidak mahu berterus terang, hanyalah kerana malas untuk panjangkan keadaan, tapi ketika bersama kekasih yang ini, boleh pula kau terangkan pada dia tentang mengapa kau dulu berkelakuan begitu pada aku, boleh pula kau bercerita?
Tiga tahun yang bisu itu aku simpan kemas semua. Walaupun orang kata kemaafan itu dendam yang terindah tapi aku tak rasa macam tu. Kalau benci dan tak memaafkan kau ini adalah perkara yang boleh puaskan hati aku, aku akan terus begini. Aku akan simpan kemas dendam ini.
YOU ARE READING
Tulisan-tulisan patah
PoetryTiada apa di sini. Duduklah di sisi jendela, menikmati alam yang sedang kehujanan dan menghirup secawan kopi bersama bait-bait kata yang sedang kepatahan.