Menunggu

10 0 0
                                    

Di sana, dia sedang membina masa hadapan dan mencari diri yang hilang.

Di sini, aku sedang belajar mengikhlaskan dan bersabar bertahan.

Kita berdua tahu, cinta bukan hanya pada kata-kata. Cinta saja takkan mampu mengenyangkan perut dan meng-ada-kan apa yang tidak cukup.

Dan aku mahu kau tahu, cinta itu untuk aku pada kamu adalah dengan tetap menunggu meski kau tidak memintanya, malah tidak juga kau meminta aku untuk pergi.

Kita masih samar, tentang diri masing-masing, tentang hubungan ini. Aku tahu kau ada. Kau jugak tahu aku ada. Dan aku harap seperti mana aku selalu berdoa yang baik-baik untuk kita, dan pelan-pelan menjadi lebih baik daripada sebelum ini, aku harap kau pun begitu.

Kerna di dalam ini, hanya ada satu, iaitu kamu.

Tulisan-tulisan patahWhere stories live. Discover now