Setiap malam adalah malam yang sangat panjang
bila mana ingatan tentang kau berlegar-legar disetiap penjuru kepala ku
dan tidak membenarkan aku untuk lena beradu.
Aku kira ini kekecewaan paling sadis, paling tidak dirai
tidak dirai oleh aku sendiri.
Aku mengabaikan kekecewaan ini kerna khuatir jika terus dibelai
akan berlarutan rasanya.
Tapi...
Kenapa semacam disudut paling hujung hati ini,
aku rasakan ianya sedikit sakit dan meronta-ronta mahu dijeritkan nama kau,
biar ianya bergema diseluruh pelusuk hati.
Kekecewaan yang tidak dirai ini semacam menjadikan aku seorang yang tiada hati.
Ahhh cinta, selalu saja bikin semuanya berantakan.
YOU ARE READING
Tulisan-tulisan patah
PoetryTiada apa di sini. Duduklah di sisi jendela, menikmati alam yang sedang kehujanan dan menghirup secawan kopi bersama bait-bait kata yang sedang kepatahan.