Melewati hari demi hari menuju kedewasaan ini, saya menyedari bahawa tidak semua orang boleh menerima diri kita, diri saya sebenarnya yang saya maksudkan. Saya penah bertemu dengan ramai orang yang sebegini. Apa yang saya minat, apa yang saya tidak suka, bagaimana saya ini yang sebenarnya, tidak semua orang boleh terima. Tapi kadangkala saya rasakan, benda sebegini tidak perlu menjadi isu, kerana setiap individu ada hak masing-masing untuk memilih apa yang mereka gemari, atau bagaimana karakter mereka, itu sudah memang menjadi lumrah. Kalau semua orang punyai karakter yang sama, maka tidak berwarna-warnilah dunia ini. Ia bukan tentang bagaimana karakter seseorang itu tetapi tentang bagaimana diri kita sendiri ini untuk bersedia menerima perbezaan yang ada. Ketikanya mereka tahu saya gemar menulis atau gemar pergi ke acara-acara seni, ada antara mereka yang mempertikaikannya. Hinggakan apa yang saya tulis di dalam blog, akan di screenshot kemudiannya dihantar kepada saya, bertanya itu ini. Saya jadi tidak bebas untuk menjadi diri sendiri.
Awak mahu saya terima diri awak yang sebegitu, tetapi awak tidak mahu terima diri saya yang sebegini? Adilkah begitu? Tidak semestinya apa yang saya tulis itu, saya tujukan pada seseorang, atau tujukan pada dia, atau tidak semestinya apa yang saya tulis itu menggambarkan apa yang sedang saya rasai. Saya Cuma menulis. Menulis tentang apa saja yang saya rasa ingin saya tulis. Disitu tempat untuk saya duduk dan lakukan apa yang saya suka. Saya tak rasa benda sebegitu perlu untuk orang lain pertikaikan. Saya selalu rasa orang yang punyai pasangan yang pandai menulis adalah orang yang sangat beruntung, kerna dia akan diabadikan oleh pasangannya didalam puisi-puisi, didalam karya yang nanti-nanti kita boleh baca dan simpan jika orang itu telah tiada.
Walaupun saya tidak pernah berjumpa dengan orang yang punyai kegemaran yang sama dengan saya, saya tetap bahagia dengan diri saya yang ini. Saya tetap bahagia bila dapat menulis tentang orang yang saya cinta. Itu cara saya menghargai seseorang yang saya rasakan penting dalam hidup saya. Saya bahagia begitu. Saya tidak pernah meminta hadiah yang besar-besar dari orang yang pernah ingin memiliki saya, saya tidak pernah meminta mereka jadi hero-hero yang romantis sepeti didalam buku ataupun telenovela. Saya Cuma mahu dia memahami saya, saling meraikan peerbezaan yang ada, dan menikmati hidup ini bersama. Macam yang saya cakap, tidak semua orang boleh menerima diri kita. Untuk bertemu orang yang begitu mungkin Cuma sekali dalam hidup ini, jadi bila sudah temui, hargai. Saya masih menunggu. Hingga tiba saatnya, saya akan sabar menunggu. Saya tidak akan lakukan perkara yang sama seperti dulu-dulu. Terlalu awal menerima orang lain yang datang dalam hidup kita. Dan seperti mana cepatnya kita menerima dia, seperti itu cepatnya jugalah dia akan pergi.
YOU ARE READING
Tulisan-tulisan patah
PoetryTiada apa di sini. Duduklah di sisi jendela, menikmati alam yang sedang kehujanan dan menghirup secawan kopi bersama bait-bait kata yang sedang kepatahan.