Kemungkinan

30 1 0
                                    

Aku rasa yang aku ni terlalu takut pada segala kemungkinan. Mungkin pengalaman-pengalaman lalu membuatkan aku jadi seorang yang banyak berfikir. Berfikir pada segala kemungkinan yang akan berlaku walaupun aku tahu kita sepatutnya 'live in the moment'. Tapi entahlah, pada aku semua orang akan pergi jugak suatu hari nanti meninggalkan aku. Jadi aku takut perkara-perkara yang dia buat hari-hari tu jadi kebiasaan, dan bila satu hari tu sampai, satu hari di mana dia tak lagi ada dengan aku, aku takut aku tak biasa, aku takut aku tertunggu-tunggu. Aku takut semua rasa yang aku tengah rasa sekarang ni, kena rentap macamtu je. 

But we still in the middle of getting to know each other. Kita selesa, kita boleh cerita tentang semua hal, kita boleh bergurau, kita okay je, kita happy bila dapat borak, kita happy bila tengok muka each other. Kau satu-satunya orang yang aku boleh borak lama-lama dekat balkoni pukul 1-2 pagi while having a deep conversation about life and love.

Conversation kita yang paling last setakat ni yang aku akan kenang sampai bila-bila, bila kau cakap yang kau taktahu kenapa, tapi kau selalu teringat momen masa kita pergi Pahang tu, kau kata yang conversation kita masa tu macam synchronize, kita singgah makan lemang masa hujan lebat, kita borak 4 jam dalam kereta masa pergi and balik. And you said, 'That how I appreciate you.' Dan kau kata kalau ada lagi peluang macam tu, kau nak keluar dengan aku lagi.

Dan yang kau tak kan tahu, masa kita pergi pahang tu adalah masanya hati aku jatuh dekat kau for the first time. Semua yang kau buat tu menyenangkan. Masa kita berhenti solat dekat masjid, aku menangis masa doa. Sebab aku rasa aku suka dekat kau, tapi aku tak nak berharap. Aku rasa kau baik gila, aku tak layak untuk kau. Dan benda paling buat aku menangis masa tu, aku terfikir kalau kau bukan jodoh aku, mesti aku sedih gila.

Tapi I know, semuanya masih terlalu awal, kita tak sepatutnya fikirkan perpisahan, kita kena appreciate moment sekarang ni. Jodoh ajal pertemuan semuanya di tangan Tuhan, bukan di tangan kita. Jadinya aku cuma serahkan segalanya pada Dia yang di atas sana, yang aku boleh lakukan sekarang, hanyalah berdoa.

Berdoa semoga semuanya akan baik-baik sahaja. 




Tulisan-tulisan patahWhere stories live. Discover now