Pernah tak rasa macam ada satu hari tu yang mana kau rasa kau tak nak jumpa sesiapa, kau tak nak cakap dengan sesiapa. Kau cuma nak duduk dalam bilik, sebab di luar terlalu bising, bingit. Kau rimas. Kau rasa sesak, kau rasa kau perlu ruang untuk bernafas.
Satu hari tu yang mana, semua perasaan datang menimpa-nimpa, semua kenangan datang menjenguk tak diundang. Dan kau rasa macam nak benamkan diri kau dalam laut, kau rasa nak tikam-tikam jantung kau, supaya kau mati dan tak rasa apa-apa.
Satu hari yang mana kau rasa kenapa dunia terlalu kejam pada kau? Kenapa semuanya tak berjalan seperti mana yang kau mahu? Kenapa orang yang kau cinta tak punyai perasaan yang sama? Kenapa kau rasa yang bahagia tu terlalu jauh untuk kau?
Satu hari tu yang mana kau rasa semua rasa yang ada dalam dada ni macam satu beban. Kau taktahu nak luahkan pada siapa. Semua rasa yang menyesak ni buat kau lemas, buat kau hampir tenggelam. Kau nak jerit mintak tolong tapi suara kau tak terkeluar.
Dan akhirnya semua rasa dan persoalan kau tu cuma dibiar sepi. Kau tertidur sendirian bersama air mata diujung mata yang tak sempat dikesat. Kau lelah sendiri. Kau masih tak ketemukan jawapan. Dan esok-esok kau akan terlupakan akan hal ini, hingga 'satu hari' seperti ini datang lagi.
YOU ARE READING
Tulisan-tulisan patah
PoetryTiada apa di sini. Duduklah di sisi jendela, menikmati alam yang sedang kehujanan dan menghirup secawan kopi bersama bait-bait kata yang sedang kepatahan.