Si Peri Lelaki

204 2 0
                                    

Dia macam peri yang datang cuma sesekali, tapi kehadirannya cukup diingati. Dia buat aku rasa bagaimana untuk dicintai dan mencintai lagi. Dia buat aku rasa sangat dihargai. Dia kata aku kena berjanji untuk tidak bersedih lagi sebab dia kata dia ada untuk menemani aku tiap hari. Dia kata lagi, aku harus belajar melepaskan, melepaskan masa lalu yang bukan milik aku lagi. Dia minta supaya aku tidak beri hati pada lain-lain lelaki. Dia terlalu manis untuk semuanya. Dia buat aku percaya masih ada lagi yang sudi mahukan aku ini. Aku yang terlaku banyak luka disana dan disini.

Si peri lelaki selalu berpesan, tolong jaga diri, jangan ingat kenangan-kenangan dulu lagi. Dia sudah ada disisi cukup untuk menemani aku waktu gundah mahupun indah. Dia akan pastikan dia dengar suara aku sebelum dia lena kerna katanya suaraku menenangkan dia, cara-cara aku bercakap semuanya unik dan puitis bikin dia rasa nyaman.

Tapi kemudian, dia tak muncul-muncul lagi selepas tiga hari yang dia berikan aku pelangi. Dan aku disini masih setia menanti, walau hujan rebut petir taufan sekali, aku tetap menanti, berharap pelangi akan muncul lagi. Sampai bila pun aku tak pasti, mungkin hingga dia datang kembali untuk berikan kata pasti. Sebab dia pergi tanpa tinggalkan aku dengan sebarang kata yang mampu menenteramkan hati.

Lalu aku tidak tahu harus bagaimana lagi. Aku perlu pergi atau terus menanti?

Aku sudah putuskan segala pengharapan, yang aku butuhkan adalah supaya dia cepat-cepat kembali walau hanya untuk sekali supaya dapat aku dengarkan apa pun alasan yang dia mahu beri. Pelik betul aku ini yang mudah jatuh hati walau hanya dia ada untuk tiga hari. Tapi tiga hari yang sangat menyenangkan hati. Yang buat segala macam bunga dalam hati ini terus segar dan tersenyum indah.

Wahai si peri lelaki, bilakah engkau akan datang lagi? Kerna masuk hari ini sudah dua puluh sembilan hari engkau menghilangkan diri.

----Dan aku disini kembali menjadi perempuan sepi.


Tulisan-tulisan patahWhere stories live. Discover now