I'll do my crying in the rain

84 2 0
                                    

Dari jendela bersebelahan meja tempat aku menulis ini, aku dapat melihat dengan jelas tiap titis hujan yang turun. Disini, tempat kegemaran aku. Bau hujan dapat aku hidu. Nyaman, tenang. Walau terkadang petir dan kilatnya yang kuat buat aku takut. Nanti cepat-cepat aku tutupkan langsirnya, khuatir kilat menyambar aku lalu aku hilang dari muka bumi ini. huhu aku selalu membayangkan perkara sebegitu.

Dari tempat aku menulis ini, lagu Crying in the rain terngiang-ngiang dalam kepala aku saat aku menatap hujan. Ah tak ingat pulak lirik, bukak teruslah lagu ni dari Youtube.

"But since we're not together, i look for stormy weather. To hide these tears I hope you'll never see."

Langit pun menangis, apakan lagi hati aku. Yang luar nampak macam tak ada perasaan. Yeah aku sangat pro buat muka takde ekspresi. Sebab...entah kadang-kadang aku tak rasa pun nak senyum dekat orang, lagi-lagi bila aku tak pakai cermin mata, lagi lah aku tak nampak apa-apa. Jadi, orang selalunya kata aku sombong bila terserempak dengan aku tapi aku tak senyum. Maafkan saya, saya tak nampak huhu.

Dah duapuluhtiga tahun dah, rasa macam tak percaya. Rasa macam tak bersedia nak hadapi waktu-waktu selepas habis belajar ni. Tak lama dah, bulan enam ni dah habis. Rasa macam sekejapnya masa berjalan. Kalau dulu rasa macam lamanya empat tahun nak habis. Sekarang ni tuptup dah ada kat semestar akhir. Semoga aku terus bertabah menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada disini walaupun banyak benda yang menyesakkan hati dan fikiran.

Tulisan-tulisan patahWhere stories live. Discover now