Hampir 10 minit masa yang di ambil untuk sampai ke Villa Alauddin dalam kelajuan 80km/j.
Vila Alauddin ialah sebuah rumah agam besar yang dimiliki oleh keluarga Alauddin sejak zaman berzaman.Sesampai sahaja, kami disambut oleh pintu pagar kayu setinggi 5 meter yang terukir cantik.
" Selamat tengah hari Pak Man" kami disapa oleh seorang lelaki dalam lingkungan 27 tahun di pondok pengawal yang terletak bersebelahan pintu pagar.
" Selamat tengah hari" sambut Pak Man terus meletakkan kereta BMW 7 series ke dalam garage kereta.
Vila seluas 6 hektar cukup tersergam indah. Terdapat sebuah taman bunga yang mempunyai pelbagai jenis spesies bunga-bungaan.
Tok Maa mereka sememangnya pencinta flora. Setiap pokok-pokok bunganya pasti akan dijaga dengan rapi.
Terdapat sebuah gazebo yang diperbuat daripada kayu jati menjadi tempat kami sekeluarga minum petang.
Di sebelah kanan terdapat sebuah kolam renang yang luas. Rumput carpet yang hijau menambahkan lagi seri Vila tersebut.
Terdapat juga sebuah kolam ikan koi berhampiran taman bunga milik Tok Maa.
Di sebelah kanan vila pula terdapat sebuah taman haiwan yang dinamakan 'Animal Planet'.
Dalam Vila Alauddin ini, ada pencinta flora dan ada pencinta fauna. Illa, Ara, Yuni dan Tok Ayah adalah pencinta haiwan.
Ara memiliki 2 ekor kucing. Seekor berbaka parsian, dan seekor lagi berbaka munchkin. Kalau Ara suke kucing, Yuni geli dengan kucing. Kalau kucing datang dekat, conferm lari jauh sebatu.
Illa pula memelihara sepasang sugar glider. Hat ni pon si Ayuni Wathiqah geli.
Semua benda dia geli. Tapi, binatang yang tidak berbulu dia tak geli sangat. Jadi, Yuni membela 5 ekor kura-kura.
Kura-kura Yuni bukan berasal dari paya, tapi berasal dari baka Africa. Katanya, kura-kura senang untuk dijaga.
Tok Ayah pula pencinta burung. Semua jenis burung ada dalam sangkar burung di Animal Planet. Tok Ayah memang sangat menyayangi burung-burung yang dibelanya.
Vila Alauddin antara alah sebuah rumah terbesar di Malaysia. Vila tersebut setinggi 4 tingkat dan terdapat sebuah tingkat bawah tanah.
Melangkah masuk sahaja ke dalam Vila, kami disambut oleh lantai marmar berwarna putih.
Di tengah-tengah ruangan terdapat sebuah pasu bunga besar pemisah antara ruang tamu utama dan ruang makan. Vila ini turut dilengkapi dengan lif.
" Assalamualaikum Mak Jah" kami segera bersalam dengan wanita seusia Tok Maa itu.
" Waalaikumussalam" wanita itu hanya tersenyum. Mak Jah ialah pembantu rumah kami.
" Mak Jah, Tok Maa pergi mana??" Illa menyoal. " Tok Maa korang pergi hospital. Melawat kenalan dia katanya" ketiga-tiga mereka mengangguj faham.
" Tak apalah kalau macam tu. Guys, aku naik bilik dulu lah" Illa pantas melangkah menaiki lif ke tingkat 4.
Bilik Illa terletak disebelah kanan berhadapan dengan bilik Tok Ayah dan Tok Maa.
Bilik Ara dan Yuni pula terletak di sebelah kiri. Bilik mereka bertiga sama besar.
Ada sebuah katil bersaiz queen, sebuah meja study, sebuah rak buku, sebuah bathroom dan sebuah walk-in-closet.
Yup! Sebuah walk-in-closet yang besar. Mampu mengisi pelbagai jenis baju, beg, make up dan semua benda lah.
Bilik Illa simple, tetapi tetap tampak mewah. Dengan dekorasi yang elegant.
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Teen FictionTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...