Jealous???

7.1K 378 1
                                    

ILLA POV

Sudah seminggu The Musketeers tinggal dengan kami. Sebarang serangan masih tidak dilancarkan. Tapi... hmmm hari-hari ada yang nak digaduhkan. Aku memang akui, tiga mambang tu sesuai jadi sepupu. Annoying diorang tahap abadi.

Tengok ajalah petang tadi. Aku bersimpati dekat Ayuni Wathiqah and Farha Umirah. Semua gara-gara botol air dan beg sukan yang dicuri.

Flashback~~

The Musketeers sedang menonton Tv di ruang tamu. Kami bertiga turut sama join. Tak sangka peminat Grant Gustin juga. " Weh Budak pelat R, beg aku yang kau curi bila nak bagi balik?" Ara tiba-tiba bertanya Zef yang tekun menonton. " Alah... Hantu Pink, esok lusa lah aku bagi. Jangan kacau boleh tak" mata masih tertacap pada kaca TV.

" Tengkorak kau esok lusa! aku nak sekarang! Now!" Ara sudah bercekak pinggang. " ish.. kacau daun lah kau ni" Zefrieq bangun dan menapak ke bilik. Mengambil beg sukan yang dicuri dari Ara. " Weh Frankenstein! Botol air aku! Cepatlah. Susah aku nak pergi latihan" Yuni turut sama mengacau Harraz. Lelaki itu leka bermain game di dalam IP nya.

" hmmm.." dia bangun dan turut sama lolos ke bilik. 5 minit kemudian, kedua-duanya muncul dengan barang yang dicuri ditangan. " Kau ada buka ke beg aku?" Ara bertanya inginkan kepastian. Zefrieq menggeleng tanpa suara. Ara kecilkan mata. Boleh percaya ke mambang ni? Desus hati kecil Ara. " beeetuull" Zefrieq meleretkan suaranya. Sebenarnya memang dia ada buka beg Ara. Tanpa sengaja. Sebab dicabar Ariq dan Arraz. Tak guna betul sepupu aku yang berdua tu.

Bila buka, cepat-cepat dia tutup balik sebab terkejut. Arraz cuba intai tengok, tapi cepat aja Zef simpan. Mengingati 'benda' yang ada dalam beg sukan Ara, Zef mampu ketawa kecil. Tak padan dengan dah besar. Harraz menyerahkan botol air purple Yuni.

" Frankenstein!!!!!!! Kau buat apa dengan botol akuuuu!!!!!" jeritan Yuni mampu menggegarkan seluruh kawasan perumahan kami. Damn! " Aku buat apa?" Arraz tanya dengan muka penuh selama. " Kau boleh buat tak tahu!!! Kalau bukan kau yang conteng! Habis tu beruk mana?!" jerit Yuni lagi. Nasib Tok Ayah and Tok Maa tak ada. Kalau tak jangan harap berani nak jerit-jerit macam ni.

" Oh! Tu kembar aku yang conteng" saat itu, aku benar-benar menepuk dahi. Asal bangang sangat Arraz nih! Makin membuak-buak marah Yuni. " Ya Allah!! Asal orang macam kau wujud dalam dunia ni?? See what you did to my water bottle!!" aku melopong.

Tidak lama selepas itu aku menghamburkan ketawa kuat. " Illaaa!!!!! Tak lawak!!" Yuni dah macam nak nangis. Ara turut sama join aku gelak. Pada botol purple Yuni tertulis ' Harraz Daniel is the most HANDSOME guy that stand in this universe' dan ' I AM HARRAZ DANIEL.DIE HARD FANS' sumpah lawak. Sampai batuk aku dibuatnya.

" Ee.. tak suka!! Kau jahat. Botol kesayangan aku ni!!!" mata Yuni sudah berair. Alamak! Banjir lah Vila nampaknya. "Dah lah tulis dengan permanent marker!!" Harraz garu kepala. Aku dan Ara serta Zef.menjadi pemerhati. Tariq look didn't bother. " Alah.. cantik apa. Nanti boleh bukak kelab peminat aku. Aku lantik kau jadi president. Amacam?" Harraz cuba bergurau tapi tak kena tempat dan masa.

Pantas sahaja Yuni membaling botol air ditangan tepat ke arah Harraz. Mujur lelaki itu cekap menangkap. Kalau tak, confirm patah hidung. Dengan itu Yuni terus storm out. Aku mengeluh. " Bangang punya Harraz" aku mengutuk. " aku tak tahu kalau dia merajuk dengan kau... memang susah nak pujuk. Time tu baru tahu langit tinggi ke rendah" Ara mengprovokasi Harraz. "erk..." tak terkata Harraz dibuatnya.

" Botol tu ada sentimental value tau" aku menambah perisa. "Nanti aku bersihkan" aku tersenyum sinis. Harraz bangun kemudian hilang entah kemana. Berbalik kepada Zefrieq dan Ara, they still arguing about the sport bag. " Zefrieq just give the damn bag to her" maybe Tariq dah mula serabut. Aku pelik, kenapa Ariq moody tiba-tiba. Datang bulan ke??

Triplet TroublemakerWhere stories live. Discover now