BONUS CHAPTER!!!

7.2K 304 22
                                    

7 tahun kemudian...

ILLA POV

Aku bercekak pinggang. Ya Allah!!! Budak-budak ni memang mencabar keimanan aku betul! Payah betul!

"Rizqi Ardian! Ariqa Raysa!" Bila dah sebut nama penuh tu, tanda aku dah marah. Dua yang di sebut nama itu terus froze.

Geram aku!! "Aiden Reefqi!!!" Okay, itu bukan suara aku. memang so sure bukan aku punya. Aku menoleh ke belakang. Ayuni Wathiqah!

Uih... Gerun aku tengok. Yuni macam mak singa kelaparan. Matanya tajam menjeling orang dibelakang aku.

"Syazreen Asfa!!" Kalau Yuni macam mak singa kelaparan,ini mak lampir hilang anak! Terkejut aku. Nasib baik aku tak jatuh terduduk tadi.

Dah lah jerit tepi telinga aku! "Woi! Sakit telinga aku. Boleh tak kalau nak jerit tu jauh sebatu dari aku! Boleh pecah gegendang telinga aku ni!" Aku memarahi Ara yang sudah berdiri di sisiku.

Ara tersengih tidak bersalah. Malas aku layan si Ara ni. Ada benda yang lagi penting yang perlu aku uruskan.

"Rizq, Ray, kan mama dah cakap jangan sepahkan semua mainan! Nanti yang kena kemas mama! Aduh!! Penat lah kalau hari-hari macam ni! Dah lah mama ada banyak kerja" aku sudah masuk mood membebel mak jemah!

"Alah mama! Nanti kami kemas lah" si Adik menjawab. Eh! Budak zaman sekarang, menjawab aja kerjanya.

"Illa, kau jangan marah anak kau berdua tu aja! Marah yang berdua lagi ni" aku beralih memandang anak si Yuni dan anak Ara.

Seorang lelaki, seorang perempuan. Sama degil,sama nakal. Tak kira lelaki atau perempuan. "Reef, Reen, kan mama dah pesan jangan buat sepah! Korang ni" aku memang bahasakan diri aku mama kepada anak-anak Ara dan Yuni.

Dan mereka pun bahasakan maa dan mommy kepada anak-anak aku. Fair lah kan.

Mereka berempat tunduk memandang lantai. "Maafkan kami mama, maa, mummy kami janji kami yang kemas. Janji tak suruh Kak Opie yang kemaskan. Kami kemas sendiri" Rizq berkata.

Aku tersenyum kecil. Tak jadi nak marah. "Kalau macam tu the four of you better start cleaning all this mess before Papa, Abah and Daddy balik" mereka mengangguk dan pantas mengemas mainan yang berselerak.

Macam mana lah aku, Yuni dan Ara tak mengamuk, 3jam lepas BLTT kemas aja,semua tersusun bukan main cantik lagi. Mainan pun elok aja ada dalam kotak mainan yang aku rasa kalau aku duduk dekat dalam pun muat agaknya.. Hahah just kidding.

Tapi, bila aku datang balik, sumpah aku rasa macam BLTT kena ribut taufan tau. Memang aku rasa macam nak nangis. Mainan yang dalam kotak besar tu semua dikeluarkan.

Semua! Memang aku sendiri dah tak nampak lantai bilik sebab lantai sudah diliputi pelbagai jenis mainan. Pening kepala aku uruskan budak berempat ni. Terlebih nakal.

Kata Papa sebab gabungn naught and mischievous anak pun  sampai tak boleh nk describe. Ada aja benda yang diorang nak buat. Macam-macam.

"Assalamualaikum"aku yang sedang menuruni anak tangga sudah tersenyum lebar.

"Waalaikumussalam" aku menjawab.

Lelaki itu dihampiri. Briefcase yang dipegangnya aku capai. Tangannya aku cium. Dia tersengih seperti kerang busuk. Tak pernah berubah. Huh!

Kepala aku digosok. "Ish... Apa main tudung ni!" Aku terus menepis tangan lelaki itu. Habis rosak tudung bawal aku. Dia hanya ketawa.

"Sorry Cariño "selamba dia meminta maaf.

Kaki dibawa ke ruang tamu. "Mana anak-anak?" Mata Tariq meliar mencari kelibat dua kembar nakal itu.

"Ada dekat atas. Kemas BLTT. Saya geram betul lah. Saya tinggal sekejap aja, habis bersepah satu bilik tau. Geram!" Sejak jadi Mama orang ni, aku kuat membebel.

Triplet TroublemakerWhere stories live. Discover now