KEDAH & BENDANG!!!

5.9K 322 12
                                    

YUNI POV

Hampir jam 2 petang kami sampai ke Sungai Petani. Itu pun lewat lah sikit sebab kami singgah dekat mall area sini. Aku tak ingat apa entah nama mall tu. Ni pun first time sampai kedah. Singgah mall tadi sebab nak beli baju and barang keperluan. Adik and Kakak aku pun dah tak cukup. Bedebah punya Harraz, nasib baik aku tak ada lemah jantung. Dia bawa kereta macam bawa jet aja gayanya.

Kami hanya mengekori kereta Jeep Wrangle Illa yang dibawa Tariq. Sempit jalan dia. Takut aku. " Harraz, kau bawa elok-elok tau. Aku tak nak kita masuk tali air" aku sempat berpesan. " Kau jangan bimbang, aku kan pro" aku mencebik. Tak sampai 5 minit, kami berhenti di sebuah rumah yang terletak di tengah bendang. Subhanallah cantiknya.

Kagum aku tengok rumah Wan Tariq. 100% diperbuat daripada kayu. Dah lah 2 tingkat. Lawa kot. Dah lah pemandangan dia sangat cantik. Sebab tu aku nak sangat datang sini. Tak sangka tercapai juga hasrat ku. Aku tak tahu nak describe macam mana.

Aku segera turun dari kereta. Senyuman Tariq lebar sampai ke telinga. Gembira sungguh Tariq dapat balik kampung. " Assalamualaikum... Wan... ooo wan" laung Tariq. " Sat...sat.." kami terdengar suara dari arah dalam.

Muncul seorang wanita yang aku pasti lebih berusia daripada Tok Maa. Wanita tua itu kelihatan sedikit terkejut. " Akhtar!" dan Tariq pantas memeluk Wan kesayangannya. Alahai... sebak pula aku tengok. " Tariq tak bagi tahu Wan dia ke kita nak datang sini?" Zefrieq menggeleng. " Tak dia nak buat kejutan untuk Wan" ala.. so sweet.

" Wan apa khabar? Sihat?" kami hanya menjadi pemerhati. " Khabar baik. Wan sihat. Hawaiq hang tak habak nak balik" Tariq ketawa sampai menampakkan lesung pipitnya. " Ceq nak buat surprise" Wan hanya menggeleng. " Hang ni, kalau habaq nak balik,Wan masak lauk kegemaran Akhtar tau" Wan menggosok kepala Tariq lembut.

" Sebab tu lah Akhtar tak nak bagi tahu Wan. Nanti Wan susahkan diri" patutlah Ariq tak nak bagi tahu. " Ni Wan, Akhtar ada bawak kawan" melihat Illa sudah bersalam dengan Wan,aku dan Ara turut sama bersalam.

" Siapa ni Akhtar?"Aku senyum. " Ini cucu kawan baik Atuk. Kami duduk rumah diorang lah. Mak Ayah diorang kawan baik dengan arwah parents kami bertiga" Wan hanya mengangguk. " Cucu-cucu Alauddin lah kan?" Illa mengangguk. " Cantik. Mai masuk. Buat apa sembang dekat luaq pula. Jemput masuk, jangan segan" dan kami terus naik ke rumah cantik itu.
Naik aja, kami terus disuruh untuk makan malam. " Nama apa?" Wan tanya Illa. Illa senyum. " Adila Medina. Panggil Illa aja Wan" sopan gila Illa menjawab. " Cantik. Maksud nama kamu tu Keadilan Kota Suci. Betul?" Illa angguk. " Sebelah Illa ni pula nama apa?" Beralih pula kepada Ara. " Farha Umirah. Wan panggil Ara aja" Wan angguk. Wan kemudian pandang aku. " Nama saya Ayuni Wathiqah. Panggil Yuni" Wan angguk.

" Wan, wan tengokkan kaki Ara lepas ni boleh? Sebab kaki dia terseliuh tu" Zefrieq bersuara. " Hmm.. Nanti lepas makan Wan urut kaki tu" Ara angguk. " Hang pa nak duk sini berapa hari?" semua pandang Tariq. " 3 hari aja kot Wan. Sebab nanti kami sekolah" Wan masih lagi mengangguk.

" 3 hari pun boleh lah kalau macam tu" kami sambung makan. Aku dan Illa menolong Wan mengemas apa yang patut walaupun ditegah oleh wanita itu. Aku dah anggap macam Tok Maa. " Ini bilik korang bertiga. Maaf lah kalau rumah Wan ni kecik. Bilik tak banyak" aku senyum. " Ini pun dah memadai Wan" aku dan Illa terus masuk. Ara berada di ruang tamu. Nasib kau lah Ara. Aku dah rasa sakit dia tu. Tapi sikit aja.

Illa dengan selamba landing atas katil bersaiz queen. Letih sangat lah gamaknya. " Illa.. tepi sikit. Aku nak baring juga" Illa terus mengesot memberi ruang kepadaku untuk berbaring. " aahh.. indahnya dapat jumpa katil. Belakang aku dah sakit-sakit" aduku. Illa hanya bersetuju.

" Argh!!!" dan suara Ara berkumandang. Aku dan Illa tergelak. Padan lah muka kau. Dulu gelakkan aku. " Illaaaa!!!! Yuniiiii!!! Tolong akuuu!!!" bergegar satu rumah. " Duk diam-diam Ara" aku dengar Wan marah Ara. Aku tertawa. Lepas bersihkan diri, solat semua aku dan Illa seronok mengambil gambar.

Kesian Ara, Wan larang dia turun kalau nak cepat sembuh. Kaki dia tak adalah teruk mana. Dia punya jerit macam kaki kena potong. Tariq kata nak bawa kami jalan-jalan dekat sekitar Sungai Petani. Excited kot. Tapi say sorry dekat Ara sebab dia kena tinggal. Menangis tak berlagu lah kau. Tapi, Tariq dah janji nak bawa kami ke Lembah bujang esok. Serius aku excited gila.

So kami pergi dengan kereta Illa aja. Zef nak teman Ara. So sweet. First destination untuk hari ni ialah Menara Jam Besar Sungai Petani. Menara Jam Besar Sungai Petani ialah lokasi yang sangat terkenal dan wajib dikunjungi kalau datang ke Sungai Petani. Terletak di pusat bandar dan telah menjadi mercu tanda bandar sungai petani.

Meh nak cerita sedikit sebanyak sejarah dia. Sejarah Menara Jam Besar Sungai Petani ini bermula pada tahun 1910 dimana ia telah dihadiahkan oleh Lim Lean Taeng seorang hartanah dari Sungai Lalang bagi memperingati King George 5 yang memerintah England pada waktu itu sempena meraikan Jublin Perak.

Menara Jam Besar Sungai Petani siap di bina pada tahun 1936 kira-kira 26 tahun. Itu sedikit info yang aku dapat dari Tariq. Sempat juga kami bergambar. Sian Ara. Mohon sedih. Hahaha... balik tu kami sempat singgah di Aman Jaya Mall,tak sudah lagi Illa. Ada aja. Dah lah Tariq pergi mana entah sampai lama sangat. Aku ingat dia dah sesat. Rupanya dia ke toilet.

Balik ke rumah Wan, Ara dah macam gadis melayu terakhir. Sekejap aja dah jadi gadis kampung. Aku apa lagi, bahan lah. Zef pun dah jadi budak kampung. Aku dan Harraz bukan main seronok mengusik. " Yuni, harap kaki aku sakit aja, kalau tak dah lama aku kejar kau" Ara berkata penuh geram.

Zefrieq pula dah kejar Harraz satu rumah. " Meriah rumah kalau ada hang pa semua. Kalau tak Wan sorang aja" Wan sedang berbual.dengan Tariq. Illa pula sedang memasak. Tak kekok. Aku ni jadi pembantu dapur aja. Terasa seperti berada di rumah sendiri. Sangat selesa. Gelak tawa memenuhi ruang dapur.

--------------------------------------------------------

Enjoy it, stay cool and kept reading. Dah jadi slogan saya... hahah... VOTE AND COMMENT if you guys like it. Saranghae... Ti Amo..

Triplet TroublemakerWhere stories live. Discover now