ENJOY!!! AND RESULT

7.2K 336 40
                                    

YUNI POV

Enjoy!!! Memang best punya plan. Memang betul-betul nak hilangkan stress punya pasal. Disebabkan tu lah Tok Ayah sponsor kami untuk bercuti ke..... bercuti ke.... Melaka, Singapore, and Sabah!! Semua Tok Ayah yang belanja. And yes kami pergi seramai 18 orang. Sumpah tak sabar.

Aku, Illa dan Ara sedang duduk melepak di BLTT sambil menonton cerita Harry Potter. " Weh, Nak tak kita buat Bucket list?" Illa tiba-tiba sahaja bersuara. "Hah? Bucket list?" aku dan Ara bertanya hampir serentak. " Haah! Bucket list. Alaa.. macam thing to do lah. Isi masa lapang kita. Maklum lah kita kan jadi penganggur terhormat selama 3 bulan ni" terang Illa.

" Masalahnya bagi ke Tok Ayah and Tok Maa, our parents. Lagi satu, Bucket list mana best buat dalam negara, kena buat luar negara kan" Ara bersuara. "Haah! Kalau luar negara ingat Tok Ayah, Tok Maa and our parents akan benarkan. Memang tak lah kan diorang biarkan kita merayau bertiga" tambahku lagi. " It's okay. Nanti kita figure it out. Kalau diorang bagi mesti best" aku angguk. Memang aku dengar buat bucket list ni seronok.

" Hmm.. barang-barang dah packing ke? Kita nak pergi 2 hari aja lagi" Ara bertanya. " Semua dah beres jangan risau" aku jawab. "Sumpah tak sabar kot nak pergi melancong dengan diorang semua" Illa meluahkan keterujaannya. " Kan.. first time melancong ramai-ramai macam ni"aku turut bersetuju. " Nanti kita pergi dengan apa eh?" aku menjongketkan bahu. "Entah lah. Tok Ayah cakap nak buat surprise" aku angguk." entah-entah Tok Atah sewa private plane" dan Ara dihempuk oleh ku. " gila kau private plane dalam negara? like seriously... kau ni Ara"Ara tersengih seperti kerang busuk.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Hari yang ditunggu tunggu telah pun tiba. Echanted, Bad boy dan Musketeers berkumpul di Vila Alauddin. "Yeay , excitednya!" Piqah menjerit kecil. "Mestilah excited, nak pergi melancong dengan orang yang tersayang" kata Zef sambil matanya melirik ke arah Ara. Ara mengecilkan matanya. Haha sweet je heh.

Ping! ping! kami sudahpun melopong. Apakah.. " Bas!!!" Adam jerit. " Ni, Tok Ayah sewakan sebuah bas khas untuk korang" tanpa menunggu lama kami terus menerpa memeluk Tok Ayah. " Thanks Tok Ayah" Tok Ayah tersenyum. " Dah pergi masukkan beg dalam bas. Nanti lewat pula sampai Melaka" kami mengangguk. Bagasi-bagasi terus dimasukkan ke dalam bas. " Ini Pak Cik Rosli. Pak Cik Rosli ni akan jadi pemandu korang selama berada di Melaka dan Singapore. Passport semua dah ambik?" Tok Maa tanya prihatin. " Dah!!!" Kawasan perumahan bising dengan suara kami aja ni.

" Kalau macan tu, dah pi naik" lepas bersalam dengan Tok Maa dan Tok Ayah, kami terus masuk ke dalam Bas. " Wow!" hanya itu yang aku mampu katakan. " Pak Cik dah ubah suai sikit bas ni, sebab ni memang khusus Bas for famiy trip. Kalau bosan, korang boleh lah nak duduk bersila dekat belakang sana. Dalam peti sejuk tu ada air, kalau dahaga ambil lah. Jajan pun ada. TV kalau bosan boleh tengok. Atas tu pula ada majalah, surat khabar, and ada novel. Penumpang kami yang sebelum ni tertinggal. Korang boleh guna Oh, bantal ada atas tempat duduk kamu tu" sumpah mulut aku dah terbuka luas. What the... Gila lah! Aku rasa macam duduk dalam caravan pula.

" Boleh duduk semua" dan kami terus mengambil tempat duduk. " Okay, sila duduk semua sebab sekarang ni kita bakal berlepas ke destinasi utama kita, Melaka Bandaraya bersejarah. Saya Pak Cik Rosli Ibrahim selaku Pilot korang sedia berkhidmat" kami dah bantai gelak. Pilot?

Aku duduk sebelah Izzah, Illa duduk sebelah Ara. Bad Boy and Musketeers selesa duduk bersila. Memang best nak melepak ni. Bantal sudah siap kami ambil satu sorang. Bas mula bergerak. 3 jam. Masa tu tak lah lama, tapi tak juga cepat. " Weh, jom main true or dare" Harraz yang kebosanan bertanya. "Beres, jom" kami bersetuju. " Babe, duduk dalam bulatan" kami angguk dan terus duduk dalam satu bulatan. " Okay start dengan aku dulu. Yang kalah kena turun and buat chicken dance " Aimin volunteer. Aimin pusing pen Ara. Mata pen betul-betul berhenti dekat Ecah. " Ecah, true or dare?" Aimin smirk. " True" tanpa teragak Ecah jawab. " Alah.. no fun lah Ecah ni. Okay, kau pernah suka orang lain tak selain daripada Afiq?" kami ketawa tengok muka Ecah yang terkejut. Muka Afiq pula berubah serius. " Erk... pernah" kami bertepuk tangan. Dan muka Afiq terus mendung. " Alah Fiq, chill lah. Kau ni jangan serius sangat. we're having just a little fun here bud" Aza peluk bahu Afiq. "Apa-apa je lah" dan kami sambung main. Ecah pusing pen, dan pen tu berhenti ke arah aku. Oh Dang! " true or dare?" Ecah menjongketkan kening. " Of course laa dare" aku jawab. " okay, aku nak kau kenyit mata dekat Arraz pahtu cakap ' Saya Cintakan Awak'" aku mengetap bibir. " Yuni, kalau kau tak buat kena buat chicken dance tau" aku mengeluh lemah.

Triplet TroublemakerWhere stories live. Discover now