Cinderella

7.2K 366 0
                                    

YUNI POV

Pertandingan teater tu tinggal seminggu sahaja lagi. Okay, lepas saha kejadian rambut joker gegediks... memang diorang dah tak berani nak cari pasal dengan kitorang. Itu satu benda yang bagus. Sekurang-kurangnya aman sikit dunia. Tapi, Luth seperti biasa tak habis lagi membebel. Dia kata apa yang kami lakukan tu tak patut. And bla..bla..bla..

Sekarang ni aku duduk penuh kebosanan dalam auditorium. Ara dan Illa sibuk membantu di belakang pentas. Kami buat semua ni sebab nakkan credit. Memandangkan kami dah stop bahagian sukan untuk focus study.

Ini aja cara untuk naikkan credit kami. " Oit.. buat apa tu?" aku hanya menjeling sekilas. " buat bangang" aku menguap untuk sekian kalinya. " pemalas punya manusia lah kau ni Mamee Monster" kalau dah panggil Mamee Monster tu faham-faham lah siapa. " cakap dekat aku, kau tu pun pemalas juga" Dia hanya tersengih.

" Kau nervous tak?" aku memandang Harraz. Dia berfikir sejenak. " nervous juga. Tapi tak sangat" aku mengangguk kecil. " Weh! cuba kau tengok tu" aku memandang arah yang ditunjukkan Harraz. There is Luth, Illa and Tariq. " Love Triangle" aku ketawa. Nampak macam serius aja perbincangan mereka bertiga. " Kau rasa kenapa tu?" Harraz menjongket bahu.

" Weh! Kau rasa Tariq suka Illa ke?" otak nakal aku memainkan peranan. " Tariq tu... susah nak dijangka. Kau tengok ajalah dia tu. Tapi aku pelik dengan dia sekarang, dia boleh berbual dengan perempuan dengan baiknya. Biasanya dia beku dengan perempuan" dahi aku berkerut. " Beku? Hmm... aku tengok biasa aja dia tu" Harraz menggeleng.

" Sebelum balik Malaysia, dia punya beku mengalahkan ais kutub utara. Datanglah perempuan lawa mana pun, seksi mana pun, dia tak pandang pun. Tapi.. since balik Malaysia dia macam senang bergaul dengan perempuan" macam tu pula. " Sesuai sangat dengan Illa tu. Kalau nak tahu Illa tu dapat title Ice Princess sebab kebekuan dia tu macam ais kutub selatan. Hahah... memang elok. Luth yang macam Prince Charming tu pun tak pandang, inikan pula lelaki lain" Harraz terangguk-angguk.

" Yuni!! Arraz!!! sedap korang duduk goyang kaki!! Meh datang sini tolong kami" Ara yang berada di atas pentas menjerit. Dengan penuh malas aku bangun dan pergi ke arah mereka. Menolong apa yang patut. " Triplet, baju korang macam mana? Dah jump ke belum?" Hanis bertanya. " Pasal baju jangan risau. Semua ditanggung beres" Hanis mampu menarik nafas lega. " Okay.. jadi baju Musketeers ajalah kan" Musketeers mengangguk serentak. " Aku rasa cukup sampai sini aja latihan kita, semua boleh balik. Thanks kepda sesiapa yang volunteer tolong" dengan itu kami dibenarkan untuk pulang. Aku orang pertama yang cabut.

Sampai di Vila, aku tidak terus ke bilik, sebaliknya duduk melepaskn penat di Ruang tamu. " Penat sangat ke?" soalan Tok Maa dibalas anggukan daripadaku. " Dah.. pergi naik bilik mandi. Lepastu kalau nk berehat pun, brehatlah" akur dengan arahan, aku pantas naik. Illa dan Ara dah naik dari tadi lagi. Plan nak guling-guling atas katil aja. Tapi.. tiba-tiba aja terlelap. Sedar tak sedar bila Illa ketuk pintu bilik aku. Dah lah tak mandi lagi. Nasib aku dah solat asar dekat VIP.

Kalut aku mandi. Turun dapur, aku dikejutkan dengan sebuah kejutan yang memang buat aku terkejut. Okay... aku tahu ayat tu confuse. The Musketeers berada di dapur sedang menolong kaum hawa memasak di dapur. " Yuni! Asal berdiri dekat situ, mari lah sini sayang" lembut aja Tok Maa memanggil. Kaki melangkah. Aku mengambil tempat duduk disebelah Ara. " Yuni mimpi ke?" aku masih tak percaya.

Mereka bertiga siap memakai apron. Tariq sedang memotong bawang cekap. Wow! macam professional. Laju, kemas dan teratur aja. Harraz sedang menyiang ikan. Lagi terkejut. Dan Zef sedang membalik ikan goreng tanpa sebarang perisai. Okay.. yang ni aku salute. Aku punyalah susah nak terbalik kan ikan tu dalam kuali, dia dengan senangnya membalik.

" Tak ada maknanya mimpi. Aku pun terkejut masa turun tadi" Ara disebelah bercerita. Aku dengan Ara ajalah yang tak tolong apa-apa. Illa tolong Tariq potong sayur. Katanya nak buat sup sayur. " Tarzan... bukan macam tu lah nak potong potatoes. Itu nak buat kerepek. Kalau hiris nipis mana sedap" aku menjadi pemerhati.

Triplet TroublemakerWhere stories live. Discover now